Situasi Stres (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pernahkah anda mengalami atau melihat situasi seumpama ini? Jika pernah pasti video ini mengingatkan kembali situasi stres dalam hidup anda yang dialami di tempat kerja. Memang situasi seumpama ini sering berlaku di tempat kerja. Cuma mungkin keadaan seumpama ini tidak berlaku kepada anda jika anda dapat mengatasinya dengan baik.

Tidak sependapat adalah perkara biasa di tempat kerja bahkan di mana-mana pun. Tetapi jika dapat diuruskan dengan baik pastinya anda boleh mengelakkan perkara seumpama ini. Jangan main-main walaupun puncanya kecil tetapi jika sekali tercetusnya pergaduhan bersama rakan sekerja agak sukar untuk membina suasana kerja yang aman dan harmoni.

Ok! Jika anda dalam situasi ini apa yang anda lakukan?

4 comments - What do you think?

Kuasa Kemaafan (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Lebih senang memaafkan seorang musuh dari memaafkan seorang kawan.” – William Blake

Kata-kata nasihat yang sangat bermakna untuk dilihat. Mengapa memaafkan seorang musuh lebih mudah pula berbanding seorang rakan? Hati manusia adalah seketul daging yang lembut dan mudah terasa. Anda tidak kenal seorang musuh, maka apabila dia melakukan kesalahan anda terus boleh memaafkannya. Tetapi apabila seorang kawan yang anda telah kenali dirinya, hati budinya dan kasih sayang, apabila dia melakukan kesalahan pastinya anda merasakan luka yang dalam.

Anda merasakan bahawa kawan yang anda sayangi telah mempermainkan anda dan menipu anda. Pastinya apabila situasi ini berlaku hati manusia yang mudah terasa akan sukar memaafkan orang yang lebih rapat berbanding seorang musuh yang anda tidak kenal dirinya.

10 comments - What do you think?

Inovasi Industri Kecil Di Padang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Empat hari lepas saya baru pulang dari trip ke Padang, Sumatera Barat. Rehlah untuk percambahan minda telah membuka mata saya tentang rakyat Indonesia yang jauh dari sangkaan saya. Penduduk di Padang keseluruhannya menjalankan kehidupan untuk mencari rezeki dengan pertanian memandangkan tanahnya yang subur.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua bahawa penduduk Padang sangat inovasi dalam menghasilkan produk mereka. Bayangkan mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis kerepek dari hasil bumi yang anda sendiri tidak terfikir untuk mereka lakukan. Anda tengoklah sendiri.

kerepek jagung

kerepek jering

kerepek kulit lembu

kerepek labu

kerepek sawi

kerepek lala

muruku pulut hitam

pisang salai

Saya teringat seorang sahabat pernah beritahu saya bahawa inovasi akan lebih berkembang pada lokasi yang kehidupannya lebih mendesak. Seperti di Padang, industri kecil berkembang dengan baik sekalipun petempatan penduduk tidak semewah di tempat kita. Rasanya kerjaya berasaskan pertanian perlu diperluaskan di negara. Lihat sendiri bagaimana revolusi produk di negara jiran untuk dapatkan idea inovasi.

===================================================

Jika anda ingin mengetahui tentang Padang: Klik sini.

3 comments - What do you think?

Gunakan Bakat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Saya menggunakan kepintaran dalam kehidupan; saya menggunakan bakat dalam kerjaya.” – Oscar Wilde

Perkara paling asas untuk memastikan kecemerlangan ialah anda menyedari bahawa bakat perlu dikeluarkan dari dalam diri anda. Tanpa bakat anda tidak akan mampu mencapai tahap tertinggi dalam bidang atau kerjaya pilihan anda. Kata-kata motivasi ini mencetuskan dua elemen penting dalam kehidupan, kepintaran untuk menyelesaikan masalah. Kehidupan pastinya memerlukan anda membuat keputusan yang tepat.

Bakat pula akan memastikan anda memandu anda mendominasi kerjaya anda dengan lebih mudah dan unik. Sudah pasti dalam bidang kerja memerlukan sesuatu yang hebat dari diri anda bagi memastikan anda mengeluarkan yang terbaik untuk organisasi atau syarikat.

8 comments - What do you think?

Kerjaya Sebagai Kaunselor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kaunselor adalah nama yang selalu kita kaitkan untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila menghadapi masalah berkaitan diri, rumah tangga dan juga masalah kerja. Tetapi sebenarnya kaunselor adalah individu yang mendengar masalah anda dalam bentuk dua hala, berinteraksi dengan baik dan memberikan layanan. Hubungan kaunseling tidak melibatkan kaunselor memberikan jawapan secara langsung kepada klien. Hanya sekadar membantu klien mengenali permasalahan diri dan persoalan yang dihadapinya.

Lantaran itu memilih kerjaya sebagai kaunselor bukan sebarang kerjaya. Anda perlu menguasai ilmu psikologi untuk memastikan anda mampu mengendalikan masalah yang dihadapi klien. Anda juga perlu memiliki kercerdasan emosi yang tinggi bagi memastikan peranan anda sebagai kaunselor dilaksanakan dengan rasional.

Jika anda seorang yang caring dan cuba menyelami perasaan orang lain, anda layak menceburi kerjaya ini. Membantu menyelesaikan masalah orang lain mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Bidang pendidikan yang perlu anda pelajari ialah Bimbingan dan Kaunseling. Di sektor kerajaan anda boleh memohon pegawai kaunselor Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Antara bidang kerja kaunselor di sektor awam:

  • Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi empat (4) aspek pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan.
  • Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok
  • Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya
  • Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatri
  • Menyimpan semua fail / rekod / sesi kaunseling untuk tujuan
  • Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik
  • Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit
  • Mengambil maklumat dan data-data anggota yang bermasalah

8 comments - What do you think?

Amalan Perubahan Diri (16)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Habiskan sisa makanan

Sesuatu yang kita tidak perasan betapa Allah SWT amat tidak suka apabila kita melampaui batas dalam segala hal. Lebih-lebih lagi melibatkan rezeki makanan dan minuman. Terutama apabila melihat situasi makan buffet di hotel-hotel. Sedih rasanya apabila sisa makanan ditinggalkan dengan banyaknya sedangkan mereka boleh mengelakkan pembaziran berlaku.

Belajarlah makan dengan rasa syukur agar tidak membazirkan rezeki Allah. Jika sisa makanan itu diberikan kepada mereka yang hidup susah, mereka jauh lebih baik kerana tahu menghargai nilai rezeki Allah. Jika anda tidak mahu tergolong dalam orang-orang yang melampaui batas makanlah dengan sederhana dan perlu sahaja.

Bahkan rezeki jua pasti menangis dan mengadu kerana zalimnya manusia senang lenang membuang lebihan makanan sesuka hati tanpa mengingati kehidupan mereka yang jauh lebih susah dan memerlukan. Ubahlah kebiasaan ini agar kehidupan lebih diberkati.

5 comments - What do you think?

Situasi Stres (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam posting yang lepas anda telah melihat situasi stres boleh berlaku apabila berlaku kerosakan pada peralatan di pejabat. Selalunya situasi seperti itu akan berlaku apabila anda ingin siapkan kerja dan kebetulan pula kerosakan peralatan berlaku.

Dalam video di atas situasi stres berlaku kerana kekerapan gangguan ketika pembentangan atau mesyuarat. Kebanyakan juga pekerja tidak mengambil langkah proaktif sebelum masuk ke bilik mesyuarat atau bilik pembentangan dengan menukar mode telefon bimbit kepada silent.

Anda sebenarnya tidak menghormati orang lain dalam situasi di atas. Mungkin jika sekali orang lain boleh menerima bahawa anda benar-benar terlupa atau ada urusan penting yang perlu disegerakan. Tetapi jika berkali-kali gangguan itu berlaku maka orang lain menilai anda tidak tahu menghormati orang lain dan juga majlis ketika itu.

Langkah penting yang perlu anda lakukan, bertindak proaktif dengan menyelesaikan dahulu kerja-kerja berkaitan sebelum anda masuk ke bilik pembentangan atau bilik mesyuarat jika tidak anda akan mengganggu orang lain dan memberikan tekanan kepada mereka. Hidupkan sesi pertanya supaya nampak anda fokus pada sesi tersebut.

2 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline