Berusaha Menjadi Golongan Berpendapatan Tinggi

Tranformasi penting yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan objektif penting yang ingin dicapai oleh beliau dalam Economi Tranformation Program ialah menjadikan rakyat Malaysia menjadi golongan berpendapatan tinggi. Ianya tidak mustahil untuk dicapai oleh negara.

Berdasarkan penelitian saya bila menyebut golongan berpendapatan tinggi seharusnya setiap rakyat mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Jika hanya berkisarkan kepada pendapatan yang tinggi, dibimbangi akan berlaku masalah-masalah lain yang melibatkan wang kerana tiada kebijaksanaan dalam mengurus dan berhadapan risiko.

Wang ialah bukanlah masalah yang utama sekiranya setiap dari kita mampu berfikir dengan bijak dalam pengurusan kewangan. Percayalah jika persoalan gaji tidak cukup yang difikirkan sekarang, apabila gaji tinggi pun tetap akan menghadapi masalah yang sama kerana masing-masing mempunyai selera hidup yang besar. Berbalik kepada situasi ini, adakah ianya melibatkan wang sahaja?

Pasti jawapannya tidak kerana akan berpatah balik kepada pemikiran yang menjadikan sikap individu tidak strategik dalam menguruskan kewangan mereka.

Be the first to comment - What do you think?

Menang Untuk Diri Sendiri

Misi kemenangan skuad Harimau Muda menumbangkan Garuda sebenarnya adalah misi membuktikan kepada diri sendiri bahawa keyakinan akan berjaya mendorong untuk melakukan perkara-perkara yang sukar. Perjuangan di tempat lawan yang dipenuhi dengan senjata psikologi bukan mudah untuk menghasilkan kemenangan.

Pemain negara membuktikan bahawa percaya kepada diri sendiri dan mengikut arahan jurulatih amat penting untuk menyerap segala tekanan emosi dan mental sepanjang menghadapi 120 minit di dalam padang. Apa yang menarik kata-kata jurulatih skuad Harimau Muda Malaysia, Ong Kim Swee kepada pemain-pemain Malaysia semasa perlawanan final tempoh hari:

“MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia..” “Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya.”

Pemain-pemain berjaya membuktikan kebenaran kepada diri mereka bahawa mereka boleh bangkit untuk menang!

1 comment - What do you think?

Always Say Yes!

Mungkin anda pernah melihat filem Yes Man terbitan Warner Bros Pictures, lakonan Jim Carrey yang sangat melucukan. Hidup seorang pekerja bank menjadi tidak bermaya dan membosankan hanya dengan kerana selalu menyatakan ‘Tidak’ pada diri sendiri. Sekalipun begitu banyak peluang untuk hidup dengan ceria dan bermakna lalu di hadapan mata, tetapi akhirnya berlalu begitu sahaja sehinggalah seorang kawan menawarkan kepadanya untuk pergi ke satu seminar motivasi yang bertajuk ‘YES is the new NO”. Dari sinilah segala kehidupannya mula berubah dan beliau mula menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Tiada yang mustahil untuk dilakukan jika hati anda mula mengatakan YA walaupun pada sesuatu yang sukar kerana YA menyuburkan peluang yang ada dan menjadikannya sebagai satu kenyataan.

Hanya bermula dengan YA, Taslim Kosni seorang OKU yang berumur 60 tahun berjaya menawan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Dalam usia sebegini biasanya kita mengambil peluang untuk ke surau dan masjid tetapi bagi insan yang berkehendak usia bukan menghalang untuk mendapat kepuasan dan makna dalam hidup. Membuktikan pada diri bahawa jika hati mahu, kekurangan fizikal bukanlah persoalan utama untuk disebutkan.

“Memang saya tidak dapat melihat langsung keindahan yang terbentang di depan mata, malah saya teraba-raba sepanjang pendakian tetapi saya dapat menyentuh batu-batu, merasai rerumput yang pendek, air yang mengalir di kaki serta udara yang sejuk dan mendamaikan di puncak gunung.” Jelas kepuasan yang dirasainya setelah berjaya menawan puncak Kinabalu.

1 comment - What do you think?

Apa Kemahiran Yang Anda Ada?

Kemahiran adalah faktor penting yang menentukan anda boleh survive dalam dunia kerjaya. Semakin tinggi kemahiran yang anda perolehi semakin tinggi pengiktirafan yang anda terima. Sijil dan ijazah belum cukup menjamin anda mendapat posisi kerjaya yang baik tanpa kemahiran yang tinggi dan mencukupi.

Jadi tidak hairanlah graduan lepasan institusi kemahiran lebih cepat laris berbanding universiti dan kolej yang lain kerana dalam menuju negara maju kita amat memerlukan golongan yang berkemahiran tinggi. Kira-kira 82 peratus lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negara ini mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Saari Salleh berkata, setiap tahun IKBN melatih sekurang-kurangnya 13,000 belia melalui 20 IKBN di seluruh negara dan 80% daripadanya terus mendapat pekerjaan.

Apa yang saya nyatakan di sini adalah kemahiran pembuatan. Bidang kemahiran sangat besar dan luas. Mungkin anda berkemahiran dalam merancang, mengurus sumber, menyelidik, melatih manusia, desain dan lain-lain boleh menjadikan anda berjaya.

1 comment - What do you think?

Formula Sedekah

Jika saya bertanya pada anda,

10 – 1 = 9 betul tak? Kerana tolak bermaksud pengurangan dari jumlah.

Tetapi bagaimana pula dengan 10 – 1 = 19? Mengapa pula jadi bertambah? Inilah yang formula matematik dalam sedekah. Sekalipun bersedekah bermaksud pengurangan pada mata manusia tetapi hakikatnya di sisi Allah tidak berkurang sedikit pun. Allah menjadikan -1 tadi hanya sebagai syarat untuk mendapat lebih banyak nikmat yang lain. Formula ini diambil dari surah Al-An’aam ayat 160 yang bermaksud:

“Barang siapa yang melakukan amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda dan barang siapa yang melakukan perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.”

Jadi ketika anda mempunyai 10 lalu disedekahkan 1 maka hasilnya bukanlah 9 sebab 1 akan dikembalikan dengan nilai 10. Nilai 1 adalah bagi yang tidak berkemampuan. Maka jika anda mengeluarkan lebih dari jumlah itu Allah mempunyai formula tersendiri mengikut kehendaknya untuk memberikan keuntungan balik kepada anda. Itulah disebut sebagai The Miracle of Giving.

1 comment - What do you think?

Guru Sandaran Perlu Ditambah Lagi

Menjelang 2012 tahun depan masih banyak guru yang bertaraf guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diperlukan untuk menampung kekosongan dan kekurangan guru di sekolah. Guru sandaran tidak terlatih akan melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Sehingga bulan Ogos 2011 yang lepas seramai 7920 guru telah dilantik semula sebagai guru GSTT, tetapi seramai 862 tidak melapor diri bertugas dan hanya 1143 guru yang menyertai latihan dalam musim cuti.

Kerjaya sebagai guru bukan untuk dilihat dari aspek kemudahan yang anda perolehi sahaja. Tugas guru bukan sekadar mengajar. Guru merupakan utusan yang bersedia setiap masa untuk membangunkan anak bangsa dan membina generasi berilmu. Hari ini dilihat bahawa profesion guru sangat popular di kalangan graduan kerana peluangnya yang lebih banyak dan cuti yang banyak.

Guru adalah pembimbing generasi akan datang. Jika anda menjadi guru hanya sekadar untuk keperluan fizikal maknanya anda menzalimi generasi akan datang. Anda perlu membentuk budaya ilmu dalam masyarakat hari ini yang semakin hari semakin terhakis. Kerjaya guru adalah mulia jika anda ikhlas dan sedar bagaimana cara untuk membangun anak bangsa.

10 comments - What do you think?

Jangan Perdaya Pengguna

Sedih apabila sebahagian peniaga yang hanya memikirkan tentang untung semata-mata. Sebagai seorang peniaga memang objektif utama adalah untuk dapat untung dari perniagaan. Tetapi jangan pula sampai menipu dan tidak beretika dalam berniaga. Perbuatan seperti mencampurkan daging-daging lembu dengan daging kambing atau daging kambing import bagi saya adalah keterlaluan.

Bagi pengguna yang terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli daging kambing, akhirnya pulang dengan kesedihan dan hampa kerana ditipu. Daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram. Kesannya akan jatuh pada peniaga juga. Jadi kenapa nak untung dengan menipu. Sehari dua pasti pelanggan tidak menyedari, tetapi lama kelamaan pasti perniagaan anda akan tutup.

Oleh sebab prinsip perniagaan dalam Islam ialah memberikan yang terbaik dan jujur. Dua etika yang menjamin perniagaan boleh berkembang maju. Atas pengalaman sendiri juga pernah beberapa kali saya makan di kedai-kedai mamak, kari kambing yang ditulis tetapi sebenarnya adalah kari daging lembu. Bagi anda yang jarang-jarang makan kambing mungkin tak kisah dan tak kenal pun daging kambing. Bagi yang dah biasa makan rasa tertipu dengan taktik perniagaan yang tidak jujur.

1 comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline