Produktiviti Seorang Penjawat Awam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kerja selalunya dikaitkan dengan produktiviti. Produktiviti pula akan dikaitkan dengan kualiti. Skop kerja sebagai penjawat awam, bagaimanakah mengeluarkan produktiviti berkualiti? Apabila anda bekerja di sektor perkhidmatan awam sudah pasti produktiviti adalah berdasarkan hebatnya perkhidmatan yang diberikan. Cepat dan telus. Tetapi apa yang menjadi persoalan bagaimana perkhidmatan awam boleh meningkat jika birokrasi juga meningkat?

Saya banyak mendapat pengalaman dari orang awam, bahkan juga rakan taulan tentang pengalaman mereka ketika ke jabatan-jabatan kerajaan. Ada yang tiba di jabatan X (sebagai contoh) terpaksa turun naik lif hanya kerana nak selesaikan urusan mereka. Dan paling memeningkan bila pekerja yang lain tidak memberikan maklumat jelas tentang bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Turun naik lif yang tinggi, tapi urusan masih tak selesai.

Pernah juga seorang tua dari kampung naik bas dua jam ke satu jabatan untuk urusan tertentu. Apabila sampai kakitangan jabatan tersebut asyik suruh tunggu sahaja. Akhirnya berakhir waktu pejabat makcik ini masih lagi menunggu. Bayangkanlah seorang tua yang tidak tahu apa-apa tidak pula dilayan sebaik mungkin pastinya akan memberikan tanggapan buruk orang kepada sektor perkhidmatan awam.

Saya juga memahami setiap urusan akan melalui proses-proses tertentu sebagaimana dalam piagam pelanggan. Namun tidak semuanya dipatuhi sebaik mungkin. Birokrasi sedikit sebanyak melambatkan proses dalam pengurusan. Bayangkan jika anda berada di tempat makcik tua tadi. Bagaimana perasaan anda? Dalam akhbar Berita Harian semalam 2 Mei 2010, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa kumpulan sokongan akan diubah nama kepada kumpulan pelaksana, sebagai cara bertindak lebih kreatif dan inovatif. Seharusnya juga perubahan mind setting turut berubah. Jika tidak perubahan hanya dari sudut nama tapi kualiti pengurusan masih di tahap sama.

8 comments - What do you think?

Sejarah Hari Buruh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam kita di Malaysia menyambut Hari Buruh. Tapi kebetulannya tahun ni 1 Mei jatuh pada hari Sabtu. Kalau jatuh pada hari Ahad rasanya ramai yang balik kampung.

Sebenarnya Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah sambutan Hari Pekerja Antarabangsa yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. Dan akhirnya peristiwa yang berlaku pada 1886 telah dimurnikan sebagai memperingati jasa dan pengorbanan seorang pekerja.

Hari Buruh sepatutnya semua tidak dibenarkan bekerja, namun ada juga sebahagian tugas tetap perlu dilaksanakan juga seperti tugas-tugas menjaga sempadan negara, tugas-tugas doktor, bahkan DJ Radio pun terpaksa bertugas juga. Apa yang penting Hari Buruh sebagai lambang memberikan penghormatan kepada semua mereka yang bergelar pekerja yang telah memberikan komitmen, tanggungjawab dan juga kesetiaan dalam kerjaya masing-masing.

Sumber fakta : Wikipedia

4 comments - What do you think?

Facebook Dan Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Laman sosial paling berpengaruh di Malaysia Facebook seakan menjadi sindrom baru kepada rakyat di negara ini. Nak makan tulis di FB, nak jalan-jalan tulis di FB, nak tidur pun tulis di FB. Menggambarkan Facebook umpama fenomena baru untuk membina hubungan dengan orang lain. Satu perkembangan yang sangat baik sebenarnya kepada yang memanfaatnya sebaik mungkin.

Namun sindrom ini akan bertukar menjadi negatif apabila anda merupakan antara mereka yang ekstrim kerana anda tetap melayari laman Facebook sekalipun bekerja. Dan lebih memburukkan apabila masa yang anda gunakan di laman ini melebihi waktu kerja anda. Sudah pasti kerja banyak tidak disiapkan dengan sempurna. Kualiti kerja anda juga akan merosot kerana anda mula fokus pada laman FB.

Mungkin ramai mengatakan itu terpulang pada individu. Jika dapat mengurusnya dengan baik maka tiada sebab kualiti kerja merosot. Tetapi jika anda buka FB pada waktu kerja anda akan dapati ramai sekali mereka yang online. Jika ianya atas urusan kerja pada saya itu satu perkembangan yang baik. Tetapi jika sebaliknya akan memberikan kesan tidak baik juga pada diri, kerjaya dan organisasi.

10 comments - What do you think?

Menjadi Insan Bermagnet

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berbicara tentang magnet selalunya ramai yang terfikirkan tentang magnet rezeki. Tetapi saya ingin kongsikan pada anda semua tentang bagaimana menjadi insan bermagnet. Maknanya anda menjadi insan yang mampu membina tarikan kepada orang lain.

Terus terang saya katakan Rasulullah adalah contoh insan bermagnet yang patut anda contohi. Jika anda telitikan segala aspek diri baginda mampu menjadi tarikan orang lain. Buktinya sunnah baginda menjadi amalan kita sehingga hari ini.

Insan mempunyai tarikan bukan hanya dilihat pada susuk tubuh yang kuat, wajah yang hensem, cara berjalan sahaja bahkan secara keseluruhannya mempunyai kesempurnaan dari dua aspek penting manusia dalam dan luar. Kesempurnaan inilah yang akan menjadikan anda insan yang mampu menarik orang lain dekat kepada anda.

5 comments - What do you think?

Mengenali Potensi Diri (7)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jika tidak kerana Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, rasanya nama beliau tidaklah diperkatakan sangat. Namun sekalipun Malaysia masih jauh untuk melangkah seiring negara-negara lain untuk beradu tenaga dalam bola sepak di Piala Dunia, Subkhiddin Bin Mohd Salleh memberikan kebanggaan juga pada rakyat Malaysia untuk mengadili perlawanan pada kejohanan bola sepak bertaraf dunia ini.

Kerjaya sebagai seorang guru tidak menghalang beliau untuk menggilap potensi diri dalam bidang pengadilan sukan bola sepak. Bukan mudah menjadi pengadil. Selalu sahaja akan menjadi sasaran pemain dan penonton untuk menyalahkan keputusan pengadil terutama dalam sukan nombor 1 dunia ini. Tanpa minat yang mendalam diiringi dengan ketekunan tidak mungkin Subkhiddin membawa nama Malaysia sebagai pengadil ke Afrika Selatan. Subkhiddin adalah antara empat pengadil benua Asia yang tergolong dalam kelompok 30 pengadil – daripada 28 negara seluruh dunia – yang diumumkan terpilih oleh Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

World Cup 2010Joel Aguilar (SLV)
Khalil Al Ghamdi (KSA)
Carlos Amarilla (PAR)
Benito Archundia (MEX)
Hector Baldassi (ARG)
Carlos Batres (GUA)
Mohamed Benouza (ALG)
Olegario Bartolo F. Benquerenca (POR)
Frank De Bleekere (BEL)
Massimo Busacca (SWI)
Koman Coulibaly (MAL)
Jerome Damon (RSA)
Martin Hansson (SWE)
Michael Hester (NZL)
Ravshan Irmatov (UZB)
Victor Kassai (HUN)
Stephane Lannoy (FRA)
Jorge Larrionda (URU)
Eddy Maillet (SEY)
Subkhiddin Mohd Salleh (MAS)
Yuichi Nishimura (JAP)
Peter O’Leary (NZL)
Pablo Pozo (CHI)
Marco Rodriguez (MEX)
Roberto Rosetti (ITA)
Oscar Ruiz (COL)
Carlos Simon (BRA)
Wolfgang Stark (GER)
Alberto Undiano Mallenco (SPA)
Howard Webb (ENG)

BIODATA

Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh
Negara: Malaysia (MAS)
Tarikh Lahir: 17.11.1966
Tinggi: 174 cm
Pekerjaan: Guru
Bahasa Pertuturan Utama: Melayu
Lain-lain Bahasa: English
Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000
Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001)
Hobbi: Bowling & Snooker
Penampilan di FIFA:
1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005
2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007

4 comments - What do you think?

Kejayaan Adalah Hasil Dari Usaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Kejayaan itu dikaitkan dengan perbuatan. Mereka yang berjaya akan terus berusaha. Mereka akan melakukan kesilapan tetapi mereka tidak akan mengalah.” – Conrad Hilton

Kata kunci paling berharga ialah berusahalah untuk berjaya. Jangan menunggu untuk kejayaan tiba. Menunggu kejayaan adalah sesuatu yang tidak mungkin tanpa usaha. Kesilapan dalam berusaha adalah cabaran paling manis sebelum anda mengecapi kejayaan yang diinginkan.

Usaha adalah proses yang membentuk istiqamah dalam diri. Jadi tidak hairan orang yang telah berjaya sebenarnya mereka telah berjaya membina istiqamah dalam diri sekalipun hasil usahanya mungkin tidak sehebat yang diharapkan.

5 comments - What do you think?

Amalan Perubahan Diri (11)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ucaplah terima kasih!

Satu lafaz mudah, ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai sudi melafazkannya. Ketika anda berjalan menuju ke pejabat pos, sampai di pintu kebetulan ada orang lain bukakan pintu untuk anda. Anda terus sahaja masuk tanpa ucap terima kasih. Sudah lama anda juga tidak menghubungi sahabat karib anda. Akhirnya pada suatu hari sahabat anda menelefon bertanya khabar dan bersembang panjang. Tetapi anda tidak pula mengucapkan terima kasih di atas ingatan sahabat tersebut pada anda.

Lori sampah datang ke rumah anda untuk mengutip sampah seperti selalunya, tetapi anda langsung tidak berminat untuk melihat kepadanya apatah lagi mengucap terima kasih kepadanya. Aneh! Besar pahala jika lafaz terima kasih ini dapat kita ucapkan kepada mereka. Sekalipun itu sekadar kebetulan, ataupun mungkin memang sudah tugasnya tiada salah anda lebih menghargainya dengan dua patah kalimah bermakna ini.

Terima kasih adalah lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah SWT. Namun kalimah ini adalah simbol mahabah antara sesama insan. Kunci untuk mengeratkan ukhuwah antara manusia dengan manusia.

4 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline