Jangan Pergunakan Bulan Ramadhan
Salam Ramadhan buat anda semua.
Sekalipun kita berada dalam bulan Ramadhan, kerja harian tetap berlaku seperti biasa. Tanggungjawab sebagai pekerja untuk mencari rezeki Allah perlu dilakukan seperti sediakala. Setiap titik peluh di bulan ini pastinya diberikan bonus oleh Allah. Sayangnya ada juga sebahagian daripada kita yang mempergunakan bulan Ramadhan untuk kepentingan diri pada perkara yang tidak baik. Antaranya:
Mentang-mentang bulan puasa adakah anda boleh curi tulang semasa bekerja? Dan tak bagusnya bulan Ramadhan digunakan alasan untuk lebih banyak rehat dari membuat kerja. Ramadhan juga yang dipersalahkan. Peredaran masa tetap sama, cuma bagi yang selalu buang masa pastinya masa dirasakan begitu lama berlalu. Penat berpuasa jangan bukan alasan yang baik untuk anda kurang bekerja.
Mengantuk sebab menghidupkan malam
Bulan Ramadhan tidak menjadikan anda insan yang lemah. Kerjakan apa yang utama bagi anda sebagai seorang yang bekerja. Tidak salah untuk beramal ibadah di bulan baik ini. Tetapi jangan sampai ianya merosotkan kualiti kerja anda. Bekerja adalah wajib untuk mencari rezeki. Menghidupkan amalan sunat pada waktu malam juga dituntut. Maka timbanglah kedua-duanya.
Alasan tidak boleh puasa
Wanita diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa jika uzur. Namun berdosa jika ianya dipergunakan untuk tidak berpuasa. Begitu juga bagi anda yang mengaku sakit seperti gastrik kononnya kemudian tidak berpuasa. Mengapa puasa dipergunakan untuk perilaku yang tidak bertanggungjawab ini?
Kaut untung tak bertempat
Jika anda berniaga di bulan ini, janganlah terlalu mengejar untung tanpa fikirkan apa yang anda buat munasabah atau tidak. Alasan sama juga “Bulan puasa sekali setahun masa ni lah nak untung lebih!” Memang betul. Janganlah lupa melampau-lampau dalam mengaut untung tanpa menyedari menzalimi pelanggan anda yang juga berpuasa. Contohnya murtabak dijual pada harga RM4 sebiji walaupun bersaiz kecil.







