Israk Mikraj Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi
Sempena Israk Mikraj yang kita sambut pada bulan ini saya berkesempatan untuk berkongsi satu buku yang baru sahaja selesai saya baca. Saya meneliti tidak banyak buku yang menulis tajuk ini di negara kita, namun karya Armansyah akan membuka mata anda tentang perjalan nabi dalam Israk dan Mikraj secara kajian dan penelitian melalui sains dan Al-Quran.
Penulisan bahasanya sangat mudah difahami sekalipun banyak menceritakan tentang sains dalam peristiwa ajaib ini. Bagi anda yang sangat menginginkan bahan bacaan ilmiah untuk menambah keyakinan kepada Allah SWT inilah bukunya. Kupasan yang terperinci membuatkan anda tidak akan berhenti untuk meneruskan pembacaan hingga ke akhirnya.
Isi Kandungan
Bahagian 1: Tinjauan ilmiah Israk dan Mikraj
Bahagian 2: Israk dan Mikraj dalam Al-Quran
Bahagian 3: Hadis Israk dan Mikraj dalam kritik
Tajuk: Israk Mikraj Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi
Pengarang: Armansyah
Terbitan: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Mukasurat: 203
Harga: RM16.00





