Selamat Hari Pekerja
Hari ini pastinya jalan raya sesak teruk kerana mengambil peluang untuk bercuti sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun. Tambahan pula hari ini merupakan last day Kuala Lumpur Internatitonal Book Fair pastinya ia antara sebahagian destinasi bercuti sambil mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu.
Anda juga adalah sebahagian warga kerja yang bercuti hari ini. Kalau nak dinilai cuti sehari sememangnya tidak berbaloi dengan kerja yang teruk anda lakukan sepanjang tahun. Kederat yang diperah, buah fikiran yang disumbangkan untuk organisasi tidak memadai untuk dinilai dengan sehari. Namun Hari Pekerja adalah sebahagian pengiktirafan bahawa jika tiada mereka yang bekerja, dunia ini akan jadi huru-hara. Jasa dan pengorbanan anda diiktiraf seluruh dunia.
Ambillah ruang hari ini untuk merehatkan minda tentang kerja. Berfikir tentang kerja sahaja pastinya stres menguasai diri setiap hari. Betulkan apa yang patut, susun apa yang perlu dan rancang sebaiknya supaya kualiti kerja anda selepas cuti ini akan meningkat. Tambahan pula cuti Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, beruntung bagi mereka yang berada di Pantai Barat dapat menikmati lagi sehari cuti pada hari Isnin.
Hakikat cuti bekerja sebenarnya hanya pada jawatan anda di pejabat organisasi anda.Tugas sebagai ahli keluarga tiada istilah cuti. Bahkan bagi mereka yang bekerja sendiri juga ruang cuti bagi kakitangan kerajaan dan swasta ini diambil sebaik mungkin untuk bertemu dan mengembangkan bisnes. Untuk anda semua yang bergelar pekerja saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan pastikan anda bukan sekadar bekerja tetapi juga beramallah dengan pelbagai bentuk kebaikan supaya berjaya di dunia dan di akhirat.


Fair



