Pemikiran Kritikal
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selalu anda dengar berkenaan dengan pemikiran kreatif bukan? Saya pun begitu. Tapi sebenarnya ada beberapa bentuk pemikiran yang perlu kita ketahui. Tetapi hari ini saya suka untuk berkongsi tentang pemikiran kritikal. Apa yang anda fahami tentang pemikiran kritikal?
Saya berikan anda sehelai stokin yang buruk dan berlubang. Apa yang anda fikirkan tentang stokin tersebut. Pastinya anda akan mengatakan, “Stokin buruk nak buat apa?” atau “Dahlah buruk, busuk pula tu” atau mungkin juga anda berkata “Apahal bagi stokin yang berlubang. Kalau tak berlubang mungkin ada juga gunanya.” Mungkin ini adalah sebahagian yang akan anda luahkan kepada saya.
Sebenarnya ketika anda berkata sedemikian anda sedang menggunakan pemikiran kritikal iaitu berfikir secara kritik. Dalam kehidupan kita pemikiran secara kritikal juga amat penting sebagai untuk memberikan keputusan dan juga sebagai penambahbaikan.
Seorang individu yang baik perlu menggunakan pemikiran kritikal ini dengan baik supaya tidak menyakiti hati orang lain dan juga menimbulkan kesedihan di hati orang lain. Pemikiran kritikal perlu diadun dengan gaya bahasa yang sesuai agar tidak disalah anggap dan supaya kritikan itu dapat diterima dengan positif. Dari pemerhatian saya, dominasi pemikiran masyarakat Melayu di Malaysia lebih ke arah pemikiran kritikal. Jika anda perhatikan antara penyakit utama dalam masyarakat ialah dengki dan prasangka buruk. Punca kepada dua penyakit ini adalah berfikiran kritikal yang tidak digunakan dengan cara yang betul.












Salam,
Hmm,satu artikel yang menarik. Betul tu, jgn kita suka mengkritik orang sehinggakan ia dapat melukai hati mereka. Kritiklah ke arah yang membina tetapi bukan ke arah untuk menjatuhkan maruah ataupun semangat mereka.
Nozi: Sepatutnya begitulah yang berlaku. Tapi tidak muah juga untuk kita melakukannya di kala memberikan kritikan beremosi dan ada niat untuk menjatuhkan orang lain. PAstinya kritikan itu lebih berbaur dengki dan dendam.
Betul ke itu dikatakan pemikiran kritikal yang lebih kepada mengkritik je? Cuba definisikan konsep sebenar pemikiran kritikal… Adakah saya juga sekarang berfikiran kritikal?
adakah sama pemikiran kritik dengan pemikiran kritis