Penampilan Pakaian Cerminkan Personaliti Anda (1)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya percaya semua orang ingin menampilkan diri dalam keadaan terserlah di mata orang lain. Terutama dalam kerjaya ketrampilan pakaian sangat memberi kesan kepada penelitian orang lain. Anda akan dilihat sebagai seorang yang tegas, professional dan fokus hanya pada penampilan pertama sahaja. Bayangkanlah besarnya pengaruh penampilan diri kepada orang lain.
Putih dan krim
Penampilan anda memberikan maksud anda seorang yang jujur, muda, setia, suci, teliti dan prihatin. Pakaian putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain kerana ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Terutama apabila anda memakai kemeja putih dan blazer hitam. Namun elakkan memakai warna putih yang kosong dalam suasana professional. Warna krim lebih sesuai kerana ia lebih redup dan dan lebih sesuai untuk dilihat ketika ada ada temujanji berkenaan kerja.

Yang paling penting, pakaian kenalah sentiasa kemas dan bergosok =)
Penampilan warna pakaian membawa imej yang penuh keyakinan diri.Mohon kongsi.