Pengalaman Seorang Jurutol
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya kongsikan pengalaman seorang jurutol. Semoga kita contohi bersama.
Salam. Saya memang ada pengalaman sebagai jurutol. Walhal saya ada graduan dari IPTA terkemuka. Sebab tak ada kerja, saya setuju jadi jurutol dengan gaji permulaan RM600. Saya setuju bahawa kerja sebagai jurutol memang mudah. Tapi tekanan dari user kadang-kadang menyakitkan hati. Kalau tol mahal, dimarahnya jurutol. Sedangkan bukan jurutol yang tetapkan kadar tol.
Kadang-kadang datang user dalam keadaan marah bertanya “Kenapa tol mahal sangat???” Ikutkan hati nak je jawab, “Dah tahu mahal, kenapa lalu sini??? Cari la jalan tak ada tol”.
Tapi saya tak boleh jawab macam tu sebab kerjaya sebagai jurutol ibarat cerminan kepada syarikat. Nak tak nak terpaksa senyum atau diam saja. Kerja jurutol mental kena selalu bersedia. Pernah ada user membaling duit, terpaksa kutip macam peminta sedekah. Teringat saya ada user bertanya “Hari-hari mintak duit. Tak ada kerja ker???”. Aduhhh! Sakitnya hati. Tapi terus terang saya tak setuju kalau ada jurutol menggunakan alasan penat yang menyebabkan untuk tidak memberikan ucapan terima kasih mahupun senyuman.
Saya bukanlah seorang bekas jurutol yang baik. Adakala mental saya terusik juga bila user datang memaki hamun dengan bahasa kesat, membaling duit. Tapi saya masih mampu mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih tanpa henti. Sampai terasa kering tekak. Namun ada juga terlepas ucapan dan senyuman pada 3 atau 4 orang user. Bukannya apa, saya cuma fikir hasil dari duit kutipan tol itu lah yang digunakan untuk bayar gaji jurutol. Jadi paling tidak, bersyukurlah dengan ucapan terima kasih.
Tapi itu bukan bermakna user boleh besar kepala bahawa kalau dia orang tak bayar tol maka jurutol tak ada gaji. Sebabnya mereka sudah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta. Pihak swasta sediakan kemudahan, beli barang bukan dengan daun kering tapi dengan duit. So, kalau dah guna tu, pandai la bayar. Masuk tandas pun kena duit. Lagipun kemudahan lebuhraya ni untuk cepat sampai, jimat masa, jimat minyak. Cuma bayar tol je. Tapi kalau ada tol yang selalu sesak tu, saya no komen la. Mungkin pihak konsesi perlu lakukan sesuatu supaya apa yang user bayar tu berbaloi nilainya.
Kalau nak cerita pasal pengalaman jadi jurutol, sehari semalam pun tak habis. Cuma ini saja yang boleh saya kongsikan. Kini saya tidak lagi bergelar jurutol. Tetapi masih lagi terlibat dalam konsesi lebuhraya di Lembah Klang.
Apa perasaan anda bagi mereka yang memaki hamun dan melemparkan duit kepada jurutol? Berikan komen anda jika anda seorang yang berperikemanusiaan!

Selalu bila lalu tol duit yg saya nak hulur tu terjatuh..tapi telah dimaafkan oleh jurutol yg bergaya. Oh, terima kasih…saya tak sengaja…huhu…
Kakeru: Terjatuh tak mengapa. Tapi kalau tahap baling rasanya tak patut. Menjatuhkan maruah orang lain tu.
Apa pun kerja yang halal semuanya mulia di sisi Allah.Hanya manusia tiada adab saja tak tahu bersyukur dengan kerja orang lain.
Hemm yang marah2 tu x reti adap & sopan Kemana 5 prinsip rukun negara – Kesopanan & Kesusilaan ? fahmilah jurutol pon pekerja jugak… nanti jadi mcm dekat luar negara.. x der juru tol.. semua pakai mesin jer.. masa tu nak tanya arah mana mcm mana ? mampu ker pki GPS ? dah tu buat2 lah berbudi bahasa… lagi pon x salah kan senyum & ucap terima kasih kan…
Memang tak patut sesangat. Ingatlah Allah sentiasa bersama ngan kita walau dimana jua sekalipun. Allah kan maha adil jadi tungguuuuuuuuu………dan lihatlah.
Sy percaya setiap pekerjaan itu ada susah dan senang. Sy sendiri pernah bekerja sebagai ‘cleaner’ di bangunan KLIA ketika berusia 18 tahun. Selama 7 bulan bekerja, kita sendiri boleh menilai persepsi orang tentang kerja kita. Belum lagi yang sengaja cari pasal, berlagak padahal ‘office boy’ jer tapi tak semua yang macam tu, masih ada lagi yang tau menghormati kita. Alhamdulilah, sy berjaya menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ijazah dan mendapat pekerjaan yang bagus…
emmm..kerja sbg juru tol memang seronok..tp btul,mental dan fizikal kena kuat…sbb tu sy than bkerja sbg juru tol slama 12 thn.tp skg masih lg bersama tol,cma bkan lg seorang jurutol.sy bangga dgn kerja sy dulu & skg.org nak ckp pe pun,ckp lah.
ok ape kerja tol…..
disebabkan kerja tol la perkataan terima kasih tu dah jd tabiat ak bila org beri sesuatu….walaupun senyuman…
Laili’e: Jangan fikir sangat tentang kerja asalkan halal. Kerja apa pun kalau ada ketekunan pasti berjaya. Malaysia sekarang nak kurangkan buruh asing, jangan nanti saya bayar tol tengok-tengok muka bangla juga. :)
Kerja sebagai jurutol nampak mudah tetapi banyak pahitnya bila pengguna banyak ragam. Bila jalan sesak atau kadar tol tinggi pengguna akan marah dan adakalanya sampai maki jurutol dengan kata2 kesat. Kita selalu nasihatkan jurutol suruh bersabar tapi bila anda berada disituasi berkenaan nescaya anda akan bertindak balas.
Ada sebab kenapa pengguna marah atau jurutol bertindak kasar….itu yang perlu di kupas.
Kerjaya jurutol adalah kerjaya yang murni dan patuhi di rebut oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kalau x ada jurutol nescaya orang atasan boleh goyang kaki…..sayangilah jurutol anda kerana ia harta yang tidak ternilai.
Ramle: Terima kasih atas komentar baik. Teruskan berkongsi idea di blog ini.
saya jgak seorg jrutol.mmg bengang bla user mrah.tambah tol sy asyik rsak lrg touch n go dan smrt tag.tp cmna sbaq jela..yg mgeluh mhal pn rmai pdhal 1.20 ja..ish tension gak la.
sy nk tumpang tanya skung bpe basic salary juru tol ye..adik saya nk apply kat besraya plaza…….
kasihan pulak saya dengar kawan kita nie kena baling dgn duit…orang mcm tu baik doakan dia mati kemalangan jer…