Pengalaman Temuduga [1]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Isnin yang lepas (19 Oktober 2009) saya menghadiri satu temuduga kerja di Institut Al-Quran Negeri Terengganu di Padang Midin, Marang. Temuduga yang saya hadiri ini adalah untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah DC41. Ada beberapa perkara yang menarik hati saya untuk menghadiri temuduga.
Pertama: kerana saya ingin menimba pengalaman temuduga. Maklumlah sejak tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dulu, ini adalah temuduga kerja saya yang ketiga.Temuduga pertama di tempat kerja sekarang. Temuduga kedua boleh baca di sini.
Kedua: Kerana Institut Al-Quran Negeri Terengganu ni adalah tempat saya menuntut dahulu. Saja ingin mencuba nasib walaupun tahu peratusan untuk lulus temuduga ni amatlah tipis.
Ketiga: Kerana memenuhi kehendak keluarga. Famili saya tetap nak saya kerja di sektor kerajaan. Apa nak buat.
Pengalaman temuduga kali ni memang mencabar. Maklumlah surat tak sampai. Nasib baik saya telefon ke pejabat IQT sendiri dan minta faks ke pejabat Fitrah Power. Nak prepare lagi. Bukan mudah tu.
Pendekkan cerita, temuduga ni terbahagi kepada tiga bahagian utama. Ada ujian Menghadapi Temuduga [4]” href=”http://www.motivasi-kerja.com/642″>Bahasa Arab, kemudian ujian lisan Al-Quran dan akhir sekali bahagian pengetahuan am. Dalam hati ni berkata, insya Allah boleh tempuh ni. Cuma persaingan sengit memandangkan ramai peserta temuduga yang lain juga adalah mantan pelajar yang pernah menuntut di sini juga. Ada juga dua tiga orang peserta yang sudah ada Sarjana. Tapi persaingan positif lebih memberikan semangat.
Temuduga bermula pada jam 9.00 pagi. Berkat pengalaman temuduga yang ada saya sampai di lokasi temuduga pada pukul 8.40 pagi. Ingatkan dah lewat. Rupanya peserta pertama! Seronok sangat. Daftar nama, kemudian diberikan kertas ujian bertulis Bahasa Arab. Diberikan masa setengah jam untuk siapkan.
Siap ujian bertulis, saya tengok giliran saya yang ke-7. Aduhai ingatkan siapa cepat dia kena dulu. Rupanya dah ada giliran yang ditulis. Jadi kenalah tunggu sampai giliran saya.
Akhirnya sampai juga giliran temuduga. Tengok jam pukul 12.30 tengah hari. Fuh! Ni memang panel temuduga pun dah kurang excited nak tanya.
Di dalam bilik temuduga
“Assalamualaikum. Enta Asrulnizam?” Haa..kena cakap Arab tu. Panel minta saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab. Dah lama tak cakap Arab. Tergagap-gagaplah walaupun boleh bercakap. Lepas perkenalkan diri, saya ditanya beberapa soalan berkenaan Bahasa Arab. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik.
Selesai sesi pertama, sesi kedua ujian lisan Al-Quran pulak. Saya diminta baca awal Surah Yunus dan Surah Luqman. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik. Kemudian panel minta saya berikan konsep pendidikan dari Surah Luqman. Alhamdulillah Allah masih buka minda saya untuk jawab dengan baik.
Cuma apabila panel ketiga (Pengarah IQT) tanya saya berapakah jumlah wasiat Luqman Al-Hakim? Apa lagi peluh keluarlah. Dengan selambanya saya jawab ada tujuh (konfiden tapi tak betul). Bila tengok keadaan saya dah mula berpeluh panel ketiga minta saya berikan tafsir Surah Al-Asr. Saya jawab tapi tak tepat. Kebetulan panel ketiga ni memang bidang tafsir. Bila tengok jawapan saya tak tepat panel teruslah perbetulkan. Sempatlah jugak kena brainstorming.
Akhir sekali sebelum keluar panel tanya, apa janji jika diterima mengajar di sini. Saya jawap ” Insya Allah dengan ilmu dan pengalaman yang sedikit saya akan melakukan kerja dengan sebaik mungkin dan berkualiti.”
Keluar bilik temuduga tengok jam dah 1.00 petang. Setengah jam yang mendebarkan dah berakhir rupanya.

Insya-Allah boleh ah tu ekgi. Enta kan masyi syeikh… :D
Assalamualaikum along,
Subanallah.. hebat sekali rupayanya. Kecil saya rasakan diri ini. Rupanya saya selama ini berbicara dengan seorang graduan daripada Universiti Al Azhar. Universiti yang saya hanya dapat mendengar akan kehebatannya, jauh sekali untuk menatap dan merasa sendiri berada di sana. Subhanallah.. kecilnya diri ini.. Maafkan saya jika selama ini ada terkasar bahasa.
Sebenarnya bukan Universiti yang saya kagumi. tetapi ikhlas saya katakan, didikan yang along terima, dari segi al-quran, Boleh berbahasa arab, mengingat hadith… Kalau saya alhamdulillah.. membaca alquran setiap hari seboleh-boleh. tapi tidak mampu memahami tanpa terjemahan. Along ada kelebihan yang certain orang tak miliki… Terasa rendah diri ini..
Berkaitan temuduga,
Pernah terjadi semasa saya menghadiri temuduga scholarship 4 tahun dahulu. Mungkin ada sedikit confident jika di bandingkan dengan kawan-kawan lain semasa awal mahu ke tempat temuduga. Tetapi apa yang di harapkan, lain yang jadi!
Di tempat temuduga, saya lihat…
Aduh, ramai sekali mereka yang segak-segak (pakai minyak rambut sampai keras!) Pakai baju kot dll.
Nak di bandingkan saya hanya pakai baju kemeja sahaja. Berpeluh juga melihat orang2 lain terlalu bersemangat! temuduga di bahagi kepada 2 bahagian, berkumpulan dan individu.
tiba masa untuk persediaann, saya di tempatkan dengan rakan-rakan cina, india dan melayu. Kami di beri satu task (lupa task apa) untuk di bincangkan. Mereka menulis tak henti henti! saya? satu dua patah sahaja. kerana saya percaya, keyakinan kunci segala. Bukan isi tulisan yang panjang.
Alhamdulillah,, semasa interview, saya orang yang seolah-olah “mengawal” perbicangan. Itulah namanya, bukan isi karanggan dan tulisan yang panjang menjadi ukuran. tetapi keyakinan untuk menyuarakan, dan semangat yang menjadi penentu.
Tuan,
jika tuan ada impian, jangan biarkan impian itu terkubur. Saya lihat persamaan ada antara kita. InsyaALLAH kita sama-sama kejar dan bentuk impian menjadi sebuah kejayaan! Kita boleh bersama!
ini no hp saya,
012-9226636
Mana tahu kita boleh berborak panjang mengenai memburu impian dan berkongsi pandangan?
Saya menanti panggilan dari seorang yang penuh dengan pengalaman di dada seperti along! Serius.
Mana tahu suatu hari nanti, impian itu disambut oleh rakan dan sahabat yang sama aliran dan pada masa sama boleh menasihati ke arah kebaikan. Mungkin juga boleh menjadi seorang “partner”. Siapa tahu kan?
Assalamualaikum
wahai graduan dari al -azhar, mesir
yang hebat! :)
p/s: Al azhar ada dalam ayat-ayat cinta. Entah berapa kali saya ulang melihat cerita itu.
interview yg paling meninggalkan kesan sewaktu bekerja di Maybank adalah untuk kenaikan pangkat..cara yg agak berbeza..kami duduk di sofa..bersantai sahaja..saya diminta utk berlakon dengan ahli panel utk menegur sikap pegawai yg sgt hardcore kononnya…hahaha..susah juga nak berlakon rupanya..apapun saya tetap dapat kenaikan pangkat..Alhamdulillah..
Izo: Harap-harap gitulah. Tapi aku rasa payah jugak sebab nak sikit je guru Al-Quran kat IQT.
Kak Siti: Assalamualaikum. Kalau setakat 17 orang ok lagi tu. Along lagi ramai, 30 orang. Tapi panel memang spare banyak soalan. Takde masalah peserta ramai pun.
Fahdi: Assalamualaikum. Rasa macam malu pada diri sendiri bila Fahdi banyak meletakkan pujian pada saya. Itu hanyalah latar belakang akademik saya. Saya tetap manusia biasa yang ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Suka mendapat komen-komen berharga dari seorang sahabat yang mengingati dan menyokong kita. Pengalaman Fahdi dalam temuduga pun nampak hebat. Sebenarnya temuduga ni perlukan keyakinan ketika menjawab. Salah atau betul, tepat atau kurang tepat tiu semua menjadi perkara kedua. Apa yang nak dilihat pada diri kita sebenarnya bagaimana komunikasi dan juga penampilan kita.
Kak Faiz: Wah..ini lagi hebat cara temuduganya. Kalau saya dah konfem fail sebab tak pandai berlakon..hehe
Assalamu’laikum..
Seronok sekali membaca pengalaman along.. tertanya-tnya jugak mcmane la temuduga bebudak IQT aritu..sempat dgr pengalaman din sidek je melalui YM.. Sedikit sebanyak dari cerita dia, memang power soklan yang di tnya..
Akhirnya dapat juak baca kisah along.Ana doakan enta berjaya ke IQT dan membawa balik kegemilangan IQt a.k.a MTANT.
pengalaman yang menarik. Jadi diterima tak kerja disitu?
Jawatan Kosong: Setakat ni belum terima apa-apa berita positif lagi.
syabas along!!!!
bkn senang nk dpt iq….
dah bpe lame keje kat fitrah power??
Kacang Hijau: Alhamdulillah Allah bagi rezeki setakat ni dah masuk tahun ke-4.