Pengalaman Temuduga [2]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua Temuduga [3]” href=”http://www.motivasi-kerja.com/pengalaman-temuduga-3″>pengalaman temuduga saya untuk kali kedua selepas saya menghadapi temuduga di Terengganu baru-baru ini. Pada hari Khamis yang lepas (22 Okt 2009) saya berpeluang untuk menghadiri temuduga untuk jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S17 di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sedikit perbezaan pengalaman yang saya alami di sesi temuduga kali ini.

Sesi temuduga yang bermula jam 2.30 petang membuatkan saya sedikit kelam kabut memandangkan surat temuduga yang lewat saya terima, dan juga saya terpaksa membuat persediaan untuk ke tempat kursus pada hari tersebut juga. Apabila mendapat surat temuduga saya lihat banyak perkara yang perlu disiapkan.

Dipendekkan cerita, saya menuju ke UPM lebih kurang jam 1.30 petang. Lokasi temuduga taklah jauh sangat jadi insya Allah dalam 15 minit saya boleh sampai. Tiba di lokasi temuduga tepat 2.15 petang. Alhamdulillah masih awal. Kalau tak silap temuduga di bilik mesyuarat di Pejabat Bendahari UPM.

Peserta yang hadir taklah ramai sangat, dalam lebih kurang tujuh orang. Dalam hati saya mungkin jawatannya tak ramai orang yang berkenan. Saya tengok giliran saya no. 4. Dengan jumlah peserta temuduga seramai tujuh orang hati saya berasa positif sedikit. Mungkin ada peluang dapat.

Akhirnya peserta pertama dipanggil masuk. Lebih kurang 20 minit peserta pertama berada di dalam. Bila keluar pula mukanya nampak tertekan. Mungkin soalan susah kot. Tetiba nama saya dipanggil. Alamak kenapa awal sangat. Baru giliran kedua tapi nama saya pula yang dipanggil. Nak tak nak, kaki melangkah juga masuk ke dalam bilik temuduga dengan debaran.

Di dalam bilik temuduga

Saya lihat ada 5 orang semuanya. Seorang pencatat (perempuan) dan bakinya adalah lelaki. Dua orang pakai blazer, seorang berbaju batik dan seorang lagi bersongkok. Seperti temuduga sebelumnya saya diminta perkenalkan diri dengan ringkas. Alhamdulillah saya berjaya mulakan dengan baik.

Selepas sesi perkenalan, untuk soalan pertama saya diminta membaca Surah Al-Fatihah dan juga Surah As-Sajdah. Boleh tahan juga soalannya. Saya baca sebagaimana yang disuruh. Kemudian soalan-soalan lain yang ditanya ialah hukum tajwid dan rukun haji. Jawablah sekadar yang mampu sebab panik juga bila tanya pasal haji, tak ambil berat untuk soalan tu.

Seterusnya saya ditanya soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman kerja. Dan seperti yang saya jangkakan mesti saya akan ditanya soalan brainstorming. Panel tanya saya bagaimana nak hidupkan generasi yang seimbang dari sudut celik IT dan celik Al-Quran? :) Biarlah anda yang jawab untuk saya.