Pengalaman Temuduga [3]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah kali ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman saya dalam sesi temuduga ketiga. Seronok ada. Berdebar pun ada. Tapi hati kecil memang seronok untuk menghadapi temuduga.

Sesi temuduga kali ni bertempat di MRSM Kuala Klawang (Jelebu) untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah. Sebelum ni sesi temuduga berdepan dengan panel temuduga, menjawab soalan-soalan yang ditanya. Tetapi berbezanya kali ini, saya perlu melakukan simulasi ‘Menghadapi Temuduga [4]” href=”http://www.motivasi-kerja.com/642″>micro teaching‘ selama 15 minit.

Terus terang saya belum pernah mengajar secara formal. Menjadi trainer ada sedikit perbezaan dari sudut metod pengajarannya. Jadi dalam ‘micro teaching’ ini, saya diminta memilih satu tajuk kecil dari subjek Pendidikan Islam memandangkan saya memohon jawatan ini untuk subjek Pendidikan Islam.

Simulasi ini perlu disertakan dua salinan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk diberikan kepada panel temuduga. Lantas dua hari sebelum temuduga saya berikan lakaran tajuk “Kelebihan Berzikir” kepada isteri saya untuk bantu menyiapkan slide dan RPH.

Pada hari temuduga

Kali ni situasi berbeza sedikit. Saya tiba di MRSM Kuala Klawang lebih kurang pukul 8.00 pagi. Saya lihat sudah ada 5 orang peserta. Tapi semua perempuan. Mungkin subjek Pendidikan Islam ni ada chemistry dengan perempuan kot. Lebih kurang 10 minit tunggu, masuk lagi 12 orang peserta perempuan. Aduhai malu ada, macho pun ada. Tapi tak kisahlah.

Dalam lebih kurang 9.30 taklimat temuduga bermula. Sepatutnya ada lagi peserta lelaki yang lain. Tapi nampaknya aku sorang je yang datang. Sebelum sesi bermula, kedatangan peserta diambil. Aku giliran ke7 sepatutnya. Tapi memandangkan aku lelaki tunggal hari tu, so aku adalah peserta pertama. Cuak ada. Lega pun ada.Dari taklimat yang diberikan, kami semua hanya perlu melakukan simulasi 15 minit untuk ‘micro teaching’. Tanpa soal jawab dengan panel. Panel akan menilai simulasi yang dilakukan. Sesiapa yang lulus sesi temuduga pertama ni akan dipanggil untuk sesi temuduga kedua pula.

Menjadi peserta pertama memang rasa berdebar dan teruja.  Saya hanya dua panel yang ada. Lega sangat. Seorang ustaz dan seorang lagi guru. Jadi masa diberikan 15 minit sahaja. Saya pun mulakan aksi saya…:)