Penguasaan Wanita Dalam Perkhidmatan Awam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sama anda sedari atau pun tidak, hakikat penguasaan wanita di akhir zaman ini amat ketara dalam apa jua aspek. Lihat saja di IPTA dan IPTS pada hari ini, semuanya dikuasai oleh wanita. Jumlah wanita yang ramai menyebabkan persaingan yang tinggi antara lelaki dan wanita. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melaporkan kebimbangan berikutan bertambahnya bilangan penjawat awam wanita dalam sektor perkhidmatan awam. Hampir 3/4 bahagian pegawai tadbir dan diplomatik telah diisi oleh wanita.
Bahkan menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam nisbah guru lelaki dan wanita sekarang adalah 30:70, menunjukkan bahawa begitu ramai golongan wanita mendapat tempat sebagi guru.
Memandang situasi ini, adakah wanita berupaya mentadbir organisasi dengan baik untuk kemajuan dan kestabilan di masa akan datang? Inilah sebahagian isu yang dibimbangkan oleh Cuepacs jika pertambahan ini akan meningkat lagi pada masa akan datang, terutama dalam peringkat pembuat keputusan. Jika sektor perkhidmatan awam dikuasai wanita lama kelamaan peringkat ini juga akan diambil alih oleh pihak wanita.
Dari pemikiran saya penguasaan wanita di sektor ini mempunyai pro dan kontra, positif dan negatif juga. Namun keupayaan kepimpinan wanita juga tidak boleh dipertikaikan juga. Jumlah wanita yang ramai dalam dunia pastinya akan mewujudkan persaingan besar dengan golongan lelaki pada hari ini.

betul2 ,memang bagi persaingan yang sihat kepada kaum lelaki…untuk terus berdaya saing.
Pagi tadi dengar perbincangan mengenai tajuk tersebut kat Hotfm. Kelihatan membimbangkan gak klu ikut statistik macam tu dari Ceupacs. Hmm..hmm..
Assalaamu’alaikum Along
Satu info yang sangat menarik untuk direnung dan diambil iktibar. Selain statistik yang begitu membimbangkan kerana merosotnya jumlah lelaki dalam bidang perkhidmatan awam berbanding wanita, ini juga menjelaskan kepada kita berkurangnya minat atau kelayakan kaum lelaki untuk mendominasikan kerjaya tersebut. Wanita sudah semakin maju dan hebat dalam aspek pemikiran dan upaya mampu dalam menjalankan tugas.
Mudahan dengan bantuan kaum wanita dalam perkhidmatan awam akan melancarkan lagi sistem pentadbiran dan pengurusan negara kerana kaum wanita dikenali juga sebagai manusia yang sangat komited dengan tugasnya. (harapan begitulah)
Selain itu juga menjelaskan kepada kita secara tidak langsung berkurangnya jumlah lelaki di dunia ini. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadith berhubung dengan ciri-ciri yang menghampirkan dunia kepada kiamat.
Antaranya ramai wanita dari lelaki. Jumlah lelaki semakin sedikit kerana kadar kelahiran juga membantu dalam statistik tersebut di mana kelahiran anak perempuan zaman ini, lebih banyak berbanding anak lelaki. Begitu juga, jumlah kematian yang menimpa kaum lelaki, semakin meningkat kerana aktiviti lasak yang dilakukan sehingga mengundang maut, mudah diserang penyakit berbanding wanita.
Salam mesra dari akak di Bintangor, Sarawak.
Zik: Lelaki harus memandang situasi ini dari sudut persaingan yang positif barulah boleh terus maju ke hadapan. Kalau lelaki memandang situasi ini sebaliknya, rasa ego tidak akan dapat membantu lelaki kerana dominasi wanita zaman ini memang ramai. Wahai lelaki berjuanglah menjadi lelaki gentleman yang hebat.!
Kakeru: Sebenarnya dunia pun tidak boleh menghalang persaingan ini. Sebab di akhir zaman wanita akan lebih ramai. Cuma bagaimana lelaki perlu tampilkan diri dengan kualiti agar mereka lebih mendapat peluang dalam apa jua bidang yang ingin diceburi. Sekalipun wanita ramai tetapi sifat pemimpin ada pada lelaki. Masalahnya sekarang berapa kerat lelaki Malaysia yang berkualiti, tengoklah belia kita banyak kantoi dalam gejala sosial. Itulah punca utama.
MENARIK JUGA TOPIK NIE…IDEA ADA LELAKI NIE JUST BG SY MLAS SIKIT KOT 2 PSAL RMAI YANG BG POMPUAN LA…HEHEHE
Sebenarnya perempuan x nampak bahawa ramainya perempuan yg bekerjaya disebabkan bnyk kemudahan dan peruntukan disediakan di Malaysia ini khas utk wanita. Jumlah kelahiran anak lelaki dan permpuan juga hmpir mencecah nisbah 1 lelaki = 13 perempuan. bygkan betapa ramainya perempuan di bumi ini. Segala isu yg dibincangkan di Malaysia ini akan menyentuh tentang Wanita. Wujudnya pertubuhan2 dan persatuan2 wanita yg mmbantu utk mmbangunkan wanita di Malaysia, Program2 berkenaan wanita, Penubuhan parti wanita yg menuntut hak2 wanita yg sbnarnya tiada apa yg perlu dituntut kerana rakyat malaysia tidak kira lelaki dan wanita sbnrnya kehidupan sejagat. Termasuk menuntut menghalang poligami, pembahagian harta dan sbgainya, di mana apa yg dituntut mreka menolak akidah Islam. Termasuk pengangkutan KTM yg mnyediakan koc khas utk wanita, rancangan TV khas utk wanita, Hari-hari wanita termasuk di pasaraya, dan bnyak lg negara kita sediakan utk wanita. kalau iklan jawatan kosong, kbnyakannya akan tulis sama ada “lelaki atau wanita” atau “wanita sahaja”. Selain itu, wanita boleh mnjadi ternama dgn bergoyang kaki sahaja, jika bersuamikan dato’ automatik akan jadi datin. Lelaki yg beristerikan wanita brpgkat dato’ tidak ada title apa2 utk mereka. begitu juga dgn penceraian, separuh harta suami mnjadi milik isteri termasuk hak pnjagaan anak, dan kerajaan juga mnyediakan peruntukan mmbantu janda2 di Malaysia ini. Kita lihat sndiri betapa mudahnya hidup seorg wanita, tidak perlu usaha kuat spt lelaki. Begitu juga pemikiran keluarga di Malaysia ini, lebih ingnkan anak perempuan dari anak lelaki krn ank prmpuan dikatakan sng dididik, sdgkn anak lelaki kalau dididik dgn betul, ibu bapa terjamin di masa hadapan. Bg mreka yg ada anak lelaki, kperluan hidup ank lelaki ala kadar shj, tp mreka yg mmpunyai ank prmpuan, ank prmpuan akan disediakan plbagai kemudahan oleh parents mreka. tp kalau kita lihat di luar negara spt Cina, Jepun, Korea, Eropah dan sbgainya, mreka sgt2 mmntingkan anak lelaki, krn mreka sedar anak lelaki mmpunyai idea yg baik smasa mreka besar nnti dn boleh mmbwa kluarga mreka maju wlaupun agak sesah utk dijaga. Sbb itu negara mreka jauh lbh maju. Contoh lain, Kerajaan mnyediakan peruntukan utk usahawan wanita sebyk RM 2.1 juta dan membina hospital khas wanita berjumlah RM 8.2 juta. Jadi apa yg cuba disampaikan ialah, bertuahnya jd wanita, segalanya disediakan utk memajukan mereka, tp lelaki segalanya perlukan usaha sendiri. wanita jgn mudah berasa tinggi hnya baru brjaya sekecil ini krna bnyk faktor2 bantuan, kbnykn wanita bila baru mncipta nama yg hnya sekecil semut pun, sudah dihargai melambung2, masuk tv sana sini, sdgkan lelaki yg dari dulu smpai skrg berjaya secara besar-besaran dlm pelbagai bidang tidak pernah bermegah2 dan mgharapkan pnghargaan telebih2. Lelaki yg dari dulu berjuta2 berjaya hnya mnjalankan tggjawab mreka, tetapi wnita yg brjaya wlaupun kjyaan tdak seberapa, diberi pgharagaan yg tggi. Apa yg dpt dilihat, kalau dulu lelaki sgt berjaya di mana2 sahaja, tidak prnah timbul isu kurangnya wanita, malah lelaki mmbantu menaikkan wanita utk lbh maju, tetapi apabila wanita sudah mula naik dan ramai hasil bantuan lelaki dan rakyat, knp perlu timbulkan isu spt ini sdgkan lelaki lah bnyk mmbantu wanita utk maju. Begitu juga sekiranya pemimpin seorg lelaki, motif pemimpin lelaki akan memberi keutamaan kepada seluruh rakyat tidak kira lelaki atau wanita, tetapi skiranya pemimpin seorg wanita, motif akan lebih tertumpu kepada wanita sahaja. Itu adalah satu contoh semasa US hampir dipimpin oleh Hilary Clinton. jd kita prlu ingt bhawa sgala yg tercipta atas bumi ini adalah ciptaan lelaki termasuk kprluan wanita. Segala ilmu2 yg ada pd hari ini adalah hasil ilmuan2 dan tokoh2 lelaki zaman dahulu, dan kita wanita hnya mggunakannya. dan ini sbnrnya kita x boleh halang sbb ia salah satu tanda2 kiamat. -bertuah menjadi wanita, segalanya disediakan-