Peniaga Melayu VS Peniaga Cina
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Penelitian saya terhadap dua bangsa ini amat berbeza. Jadi tidak hairanlah bangsa cina begitu hebat menguasai bidang perniagaan. Apa yang saya tuliskan ini adalah dari penelitian saya. Apa yang baik kita perlu ambil untuk jadikan diri kita lebih beruntung di masa hadapan.
- Peniaga melayu selalunya lambat buka kedai, tetapi peniaga cina pula pagi-pagi lagi dah buka. Padahal diorang buka kedai basikal je. Jelas awal pagi adalah waktu rezeki.
- Peniaga melayu pakaian segak tetapi belum tentu berduit, tetapi peniaga cina pergi bank pakai seluar pendek dengan baju pagoda je, duit dalam poket penuh je.
- Peniaga melayu kedai sebuah kereta mewah 2-3 buah, peniaga cina kedai 10 cawangan kereta mewah baru sebuah.
- Peniaga melayu tak boleh tengok kedai melayu bersebelahan, konfem kena santau. Tetapi peniaga cina bila tengok kedai sebelah satu bangsa diorang pula suruh kita pergi kedai sebelah.
- Peniaga melayu lepas setahun kedai masih satu. Tetapi peniaga cina lepas setahun dah buka tiga cawangan.
- Peniaga melayu takut bayar zakat, katanya diorang kumpul duit penat-penat kenapa nak bagi orang. Tetapi peniaga cina pula percaya bayar zakat ada ong. Lu orang pikirlah sendiri.
- Peniaga melayu bila sudah kaya solat entah ke mana, tetapi peniaga cina makin kaya makin besar peti sembahyang depan kedai mereka.
- Peniaga melayu setiap hujung minggu tutup kedai, peniaga cina masa tulah mereka buka kedai sebab hari minggu orang ramai.
- Peniaga melayu pelanggan depan mata selalu buat tak kisah, tetapi peniaga cina bila dapat pelanggan akan jaga elok-elok.
Anda ada apa-apa yang ingin ditambah? Silakan tulis di ruang komen.

Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini “Peniaga melayu bila sudah kaya solat entah ke mana, tetapi peniaga cina makin kaya makin besar peti sembahyang depan kedai mereka.
dan sedikit tambahan
“Niat yang baik dengan strategi yang lemah, boleh dikalahkan oleh niat jahat dengan strategi yang hebat”
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamulaikum
As-Salam,
Saya suka betul dgn topik ni sbb saya pun sudah lama memerhati org melayu kita. Dan saya begitu cemburu dengan peniaga Cina. Memang tidak dinafikan jika org Cina berniaga, perniagaan mereka akan maju. Saya ada dgr, mereka mmg menyokong sesama mereka siap ada persatuan lg. Tapi kenapa org Melayu tidak boleh begitu juga. Kita perlu sokong org2 kita utk berniaga.
Byk perlu difikirkan utk kebaikan…dan byk perkara di atas tu yg ada benarnya dan eloklah kita smua bermuhasabah diri.
Tambah skit.
Orang Melayu kalau berniaga buat sekejap je,rugi terus tak berniaga. Tapi orang Cina, 10 thn akan datang pun tgk still lg berniaga mcm tu dan nampak kemajuannya.
Apa2 pun, bukan nk kata orang Melayu tidak boleh. Cuma orang Melayu kena belajar dari bangsa lain apa2 yg baik, dan jadikannya sebagai satu pendorong utk Melayu menjadi cemerlang. orang Melayu juga memang boleh jika betul2 berusaha.
Peniaga Cina kuat dalam persatuan dan menggunakan sepenuhnya persatuan untuk membantu mereka.
memang sifat org melayu suka cemburu,dengki n suka brgaduh sesame sendiri mbuatkan peniaga melayu tak maju n ramai yg gulung tikar..ini masalah utama peniaga melayu,tak sama gan bangsa cina yg suka tolong bangsa sendiri..
Salam,
Dari pemerhatian saya, bangsa melayu dari kelantan adalah salah satu contoh bangsa yg memang kuat perkaumannnya yg sama macam bangsa cina. Tapi malangnya bila dia orang ni dah kaya, dia lupa yang dia tolong bermati-matian tu adalah bangsa cina bukan bangsa melayu. Cthnya, bisnes MLM. kebanyakannya di pelopori oleh bangsa cina dan yg jadi kuli plk orang melayu.
Yg sedihnya dia orang pilih bulu plk sape yang dia orang nak tolong. klu boleh nak suruh sume org kelantan kaya tp dia kena ingat orang melayu lain pun nak kaya jugak.
Cina pulak jangan tak tau suka menipu. sanggup tipu melayu sebab nak kaya. orang melayu kita pulak banyak dengki tu sebab tak boleh naik. Cina tak tau halal haram hentam je tapi melayu tidak.
Dia org sanggup pergunakan orang melayu utk jadikan dia org kaya, banyak sorong duit bawah meja dan macam2 lagi.
Sebenarnya kita jangan lah pandang dari segi majoriti jer lihat lah pada yang minoriti org melayu ade jugak yang berjaya, bukak kedai pagi, solat dsbg nya.
Cuma modal orang melayu tak besar banding org cina sb dia org bukak bisnes banyak guna duit judi yang haram, na’uzubillah…
Perniagaan yang paling menguntungkan ialah mengajak Manusia pada Allah taala. Inilah perniagaan yang akan menyelamatkan semua manusia daripada Azab Allah taala.
Walaupun Kaum cina kaya-raya, tapi kita kena kesian dgn mereka. Bila mereka mati tanpa iman, mereka akan diazab untuk selama2nya.
Jangan cemburu dgn kekayaan mereka, tapi kena fikir bagaimana mereka semua, dapat sama2 selamat dari Azab ALLAH.
Assalamualaikum…
Actually, saya tgh boring tahap cipan n just tkan² keyboard n then terjumpa blog ni. Tertarik juga melihat tajuk yang dipaparkan.Just nk komen cket:
1.Bamboo Bisnes & Saling Melengkapi
Xpayah nak pening²kan kepala.Kita ambil contoh mudah; bandingkan kedai makan cina dengan kedai makan melayu.Apa yang kita nampak pada kedai makan orang cina ialah banyaknya gerai² di bawah satu bumbung.sorang jual char hor fan, seblah dia jual wan tan mee, sebelah dia jual nasi ayam hainan.Kiranya banyak tokei² kecil di bawah satu bumbung berbeza dengan kedai makan melayu.Kalau nak makan mee udang kena p Kdai Pak Lang.Nak makan tomyam pi Kedai Pak Husin, nak makan ikan bakar p kedai Pak Rahim. Nampak tak perbezaan antara kedai makan cina dengan melayu.Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga tidak.Sebenarnya di kedai makan itulah peniaga² kecil cina ini mula bertapak untuk mencari modal perniagaan. Mereka bersatu dan saling melengkapi antara satu sama lain di bawah satu bumbung.Jadi, ramai pelanggan yang datang kerana terdapatnya pelbagai pilihan makanan.Berbeza sekali dengan kedai makan melayu.
Sebenarnya banyak lagi perbezaan peniaga melayu dengan peniaga cina ni. Tapi disebabkan kesuntukan masa, setakat ni sajalah coretan saya.
Akhir kata, Peniaga Melayu yang lemah haruslah disedarkan dan dibimbing, bukannya dilemahkan dan dijatuhkan semangat mereka. Orang Melayu sendiri yang akan rugi dan yang semakin kaya tentulah orang cina jua.
Peniaga Melayu BOLEH bersaing dan setaraf dengan peniaga cina seandainya mereka bersatu hati dan tidak mementingkan diri sendiri.
My Philosophy
“Kalau nak kaya, kena tolong orang dibawah kita kaya sekali. Barulah kita bertambah kaya”
DON’T BE SELFISH!!!
Sekian, wassalam..
Assalamualaikum, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada tuan bloger sbab bagi topik yang bagus. Memang menjadi bahan pemikiran setiap bangsa kita. Saya bersetuju dengan kata-kata tuan tapi saya juga sngat bersetuju dengan Nora, orang cina maju setelah menggunakan pelbagai cara (halal dan haram), banyak yang positif tapi bnyak juga yang negatif dalam perniagaan cina. Saya suka berkongsi pengalaman sendiri berurusan dengan peniaga cina. Sikap mereka ialah tunjuk baik seolah-olah gigi lagi lembut dari lidah, suka paksa sehingga orang beli, suka juga menipu pembeli terutamanya orang melayu. Pernah beberapa kali saya masuk ke kedai cina, biasalah untuk servey harga dan window shopping sahaja, tapi mereka akan melayan bagaikan kitalah satu-satunya pelanggan dia, memang rimas… lepas tu bila kita beritau yang kita hanya nak tengok, mereka akan pujuk kita untuk beli juga sampai la kita tak boleh keluar dari kedai, paksa gila babi, dari staf, supervisor, hingga la ke tokey sendiri turun mengadap kita kalau kita bekeras taknak beli. ada satu kes, kawan aku nak sewa
rumah, ade agen cina ni bukan main promote suruh
kawan aku sewa rumah dia, bila dah gi tengok
semua, dan dah setuju bayar lah deposit. bila
mintak kunci, dia dah blah, kol pun x angkat, pergi
rumah tu jumpe dengan sorang mamat melayu
jugak yang senasib, pun dah bayar deposit dan
tunggu kunci tak dapat-dapat. Kadang-kadang kita kena juga muhasabah diri, ambil yang baik dari bangsa lain, tapi sedar juga keburukan mereka, jangan nampak kelemahan bangsa sendiri sahaja.
Hariz: Terima kasih atas lontaran idea. Tidak semua peniaga cina negatif sebagaimana yang Hariz sebutkan. Semuanya terpulang kepada jati diri individu. India, Melayu dan Cina jika tidak fikir tujuan untuk membantu orang lain dalam berniaga maka mereka akan melakukan perkara seumpama itu.
Kalau semua Melayu perangai macam yg saudara katakan itu, sykt2 yg majoritinya Melayu macam Petronas takkan jadi se-gah ini.
Dalam tu hampir 95% Melayu. Tapi Melayu yg bijak2. Yang saudara ceritakan dalam artikel saudara, selalunya Melayu yang mengaji setakat SPM saja.
Ramai Melayu yg jauh lebih rajin dan bagus dari Cina. Perlu dilihat dan diangkat mereka.
Saya sudah bekerja dgn bangsa mata sepet ini sudah lama. Ramai Melayu yg kerjanya lebih baik dari si Cina. Tapi di-injak2 dek bangsa mata sepet ni.
Itu fakta.
Iskandar: Terima kasih kerana memberikan komentar terhadap posting saya. Saya amat tetarik dengan apa yang Iskandar katakan. Bahkan saya tidak mengatakan bangsa Melayu adalah bangsa yang mundur.
Saya sekadar memberikan perbandingan dalam bidang perniagaan sahaja supaya sedikit sebanyak kita semua sentiasa berjaga-jaga. Apa yang ingin saya sebutkan dalam posting saya tersebut adalah berkaitan dengan disiplin.
Orang Melayu Islam jauh lebih hebat momentumnya jika mereka mengekalkan disiplin dan agama dalam diri mereka. Di mata antarabangsa pun ramai businessman dari golongan Melayu tetapi masih belum ditahap yang kita kagumi kerana kita masih ditenggelami oleh bangsa lain.
Sekadar untuk membangkitkan semangat supaya peniaga mengubah mentaliti mereka.
Topik ini memang benar.
Kenyataan tentang keadaan para peniaga kaum Cina ini memang benar.
Mereka merupakan golongan yang rajin berusaha. Mereka sanggup membuka kedai seawal 6 pagi dan menutupnya lewat petang atau malam. Mereka tidak mengenal erti cuti. Tidak istilah menutup kedai untuk hari cuti bagi mereka. Tetapi jika kita perhatikan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja melayu , mereka lebih cenderung menutup kedai pada hari cuti dan hujung minggu. Apa lagi jika terdapat perayaan-perayaan yang berkaitan. Golongan bangsa lain lambat buka kedai tetapi awal tutup. Manakala orang cina pula awal buka dan lambat tutup kedai.
Mereka betul-betul menunjukkan komitment mereka dalam peniagaan mereka.
Mereka wajib dicontohi atas usaha ,masa dan sikap mereka.
Kenyataan tentang keadaan para peniaga kaum Cina ini memang benar.
Mereka merupakan golongan yang rajin berusaha. Mereka sanggup membuka kedai seawal 6 pagi dan menutupnya lewat petang atau malam. Mereka tidak mengenal erti cuti. Tidak istilah menutup kedai untuk hari cuti bagi mereka. Tetapi jika kita perhatikan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja melayu , mereka lebih cenderung menutup kedai pada hari cuti dan hujung minggu. Apa lagi jika terdapat perayaan-perayaan yang berkaitan. Golongan bangsa lain lambat buka kedai tetapi awal tutup. Manakala orang cina pula awal buka dan lambat tutup kedai.
Mereka betul-betul menunjukkan komitment mereka dalam peniagaan mereka.
Mereka wajib dicontohi atas usaha ,masa dan sikap mereka.
bagaiamana dgn; beza raya melayu dan raya cina?
orang melayu layan pelanggan muka masam lebih buruk dari cuka , ucapan trimakasih payah nak jumpa.Yang kelakarnya orang cina pandai berakad dalam berniaga . Orang melayu cara islamnya entah kemana. Saidina Omar Alkhattab apabila lihat ada orang bak nerniaga cepat2 bertanya, Anda tahu ilmu berniaga?
ibnu rosdi..komen yang negatif tidak membantu bangsa anda..macam mendidik anak..dibuat salah bukan caranya hendak dicerca,sebaliknya tunjukkan jalan/cara yang betul..kebanyakan bangsa cina hatinya busuk(dalam 10 org,ada la 6org)..depan anda senyum,belakang anda huh..bodoh ini melayu..renung2kan..saya bukan anti cina..tapi hakikat..
Angkasa: Sedikit pencerahan, jika cina berhati busuk seperti yang saudara katakan bagi saya tidak pelik kerana dia bukan Islam. Tetapi peniaga muslim janganlah melakukan perkara yang sama. Jarang saya dengar peniaga Melayu yang tolong peniaga Melayu namun bangsa Cina bantu bangsa mereka berjaya dalam perniagaan. Sedangkan kita bangsa yang majoriti di negara sendiri. Sayangnya orang Melayu pilih untuk makan gaji juga dan tinggalkan berniaga walaupun Nabi dah buktikan 9/10 rezeki dari berniaga.
pengalaman aku,
-cina bukak kedai awal pg, tp hangpa kena tau jgk, yg p bukak awal tu pekerja melayu dia, tokey msk pkl 10 jgk..
-tokey cina vs melayu, mmg cina punya marketing approach lg bgs dr melayu.. sbb depa tau, depa nak duit kita.. tp tokey melayu fikir pelanggan ni low level, sbb depa tokey..
-10 patah cina cakap, 2 je yg betul, lg 8 saja nak basahkan kepala hang.. pee on u
Pro Melayu: Orang Melayu terpaksa buka kedai sebab dah kerja dengan orang Cina. Orang Melayu pulak tak nak ambik orang Melayu kerja. Akhirnya yang untung memanglah orang Cina. Sayangnya kita hanya salahkan orang Cina. Sepatutnya cermin juga kesilapan masyarakat Melayu yang nak kaya cepat tapi istiqamah dalam berniaga.