Penjawat Awam Tiada Bonus Akhir Tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bajet 2011 adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak apabila Perdana Menteri baru menjadi nakhoda negara. Ada yang berpendapat bahawa bajet ini adalah bajet mesra rakyat, bajet tranformasi dan sebagainya. Pada saya setiap bajet yang dibentangkan tidak boleh dilihat pada pembentangan tersurat sahaja. Perlu dilihat secara terperinci dan menyeluruh.

Berakhir tahun 2010 tanpa bonus ada pro dan kontranya memandangkan beberapa aspek yang perlu dilihat. PM menegaskan 3.1 bilion akan dibelanjakan untuk memberikan bonus pada penjawat awam setiap tahun. Aspek penting yang perlu dilihat inilah masanya rakyat Malaysia tidak boleh bergantung pada ihsan semata-mata. Perlu berusaha majukan diri dari aspek yang lain. Jangan dimanjakan dengan bonus sahaja sebaliknya berikan kemudahan-kemudahan yang lain yang lebih menguntungkan.

Apa pun bantuan khas sedikit sebanyak dapat meringankan penjawat awam yang bergred rendah. Cuma respon saya apabila PM memberikan alasan bahawa memberikan bonus pada tahun ini bermakna kerajaan berbelanja besar. Rasa macam tidak logik adakah tahun-tahun sebelum kerajaan berbelanja kecil?