Pentingnya Bahasa Asing Dalam Kerjaya
Menjadi kelebihan bagi anda yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam pelbagai jenis bahasa. Sekurang-kurangnya anda boleh menguasai satu bahasa asing selain bahasa ibunda. Kemahiran ini secara tidak langsung menunjukkan kredibiliti anda dalam kerja terutama jika anda berhubung dengan pelanggan yang datang dari luar negara. Jadi saya tanya anda, apakah bahasa asing yang sedang atau telah anda kuasai.
Pengalaman yang memberikan inspirasi kepada saya ialah apabila saya melihat seorang penjual di pasar malam mampu bertutur dalam tiga bahasa; Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan juga Bahasa Myanmar. Bukan sahaja perniagaannya laris bahkan saya melihat bahawa tidak sukar mempelajarinya jika penjual yang saya boleh panggil makcik mampu bertutur tiga bahasa dengan baik.
Jika anda ingin mempelajari bahasa asing anda perlu lihat keutamaan anda mempelajarinya dari sudut kerjaya anda atau dari sudut keutamaan bahasa-bahasa di dunia. Jika anda memilih untuk mempelajari bahasa-bahasa asing yang tidak utama bermaksud anda tidak dapat mempraktikkannya ketika berada di tempat tersebut sahaja.
Berikut ialah bahasa-bahasa utama yang banyak digunakan di seluruh dunia.
- Bahasa Mandarin
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Urdu
- Bahasa Arab
- Bahasa Benggali
- Bahasa Portugis
- Bahasa Russia
- Bahasa Jepun
- Bahasa Punjabi
Pilihlah bahasa asing yang anda ingin pelajari.













Assalamualaikum.. ini adalah pertama kali sy membaca motivasi kerja ni.. amat menarik dan amat berinformasi.. dan di sini sy tergerak hati ingin bertanya satu soalan yg msih tidak terjawab.. ok, sy berumur 19 tahun.. sy bercadang nak sambung belajar tunggu intake utk U tahun ni.. dlm bulan jun.. sy extand 1 year utk kumpul duit utk belajar masa akan dtg.. sy mmg bnyk pengalaman bekerja.. dsbbkan sy dah mula bekerja smbil belajar dr usia 15 tahun.. jd baru2 ni.. sy dpt offer dr sebuah bank, kenalan ibu sy.. dia offer sy bekerja di syarikat itu.. dan dia cadangkan sy kalau nk belajar boleh ambil out campus.. sambil kerja dan belajar,, dlm masa yg sama dpt pengalam dan juga sijil diploma atau degree seperti org lain jugak.. apa kebaikan dan keburukan out campus ni ye ? dan dia kata kalau kita teruskan dgn company tersebut.. kemungkkinan pangkat dan gaji akan meningkat sbb dah bekerja lama dan taraf pendidikan pun ada,,,hati sy masih tertanya tanya , apa langkah yg sy perlu ikut.. sy harap ada jawapan dr pakar motivasi web motivasi kerja, terima kasih sgt :)