Perbaiki Diri Anda
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain” – I. Salanter Lipkin
Apa yang disebutkan oleh Salanter Lipkin ini adalah sama dengan kata-kata Saidina Umar “Hisablah diri kamu sebelum dihisab oleh Allah dan timbanglah amalan kamu sebelum ditimbang oleh Allah.” Isi penting dalam kata-kata motivasi ini ialah banyakkan merenung kesilapan diri sendiri.
Walau apa pun yang dirasakan dalam hati, logiknya kita perlu juga menilai diri sendiri. Sekalipun orang lain bersalah kita juga bersifat demikian. Jadi mengapa hanya memikirkan kesalahan orang lain dan cuba untuk menjatuhkan mereka. Bagaimana pula jika orang turut melakukan perkara yang sama?
Tetapi jika masing-masing dapat melihat diri sedikit sebanyak mungkin mampu memperbaiki situasi kehidupan masing-masing supaya lebih tidak menyalahkan orang lain dalam segala hal.












Assalaamu’alaikum Along
Jika semua manusia mampu mendidik dirinya demikian, pasti dunia ini harmoni. Sepatutnya kita saling bantu membantu, pesan memesan dan sentiasa mingat mengingati jika berlaku kesilapan bukannya menjatuhkan orang lain tanpa ada sebab yang jelas.
Kesabaran harus menjadi tunjang dalam segala ujian yang menimpa manusia. Allah swt selalu memberi jalan untuk terus maju ke depan, bukan mengalah dan menyerah kepada takdir semata.
salam mesra dari akak.
Bukan suatu yang mudah untuk perbaiki diri sendiri, kerana orang lain yang memandang kita.
Siti Fatimah Ahmad: Memang kebenaran selalunya sukar dilakukan kerana ianya bertentangan dengan kepentingan peribadi kita sendiri. Nak didik diri perlu ada kesedaran. Nak sedarkan orang lain perlukan teguran berhikmah.
Hyprobulksms: Memanglah orang lain yang menilai kita. Tetapi paling sesuai menegur diri adalah diri sendiri. Wujudkan kesedaran ini pasti akan dapat mengubah kelemahan secara perlahan-lahan.
Saya sentiasa mengingati diri saya sendiri apabila satu jari menunding kepada orang lain, 4 jari lagi menunding ke diri sendiri… :)
Zuhrina: Bagus Zuhrina. Mudah-mudahan kita sentiasa ingat siapa diri kita. Kalau kita suka salahkan orang, orang pun suka salahkan kita kan?
Teks yg baik.Izinkan saya kongsikan di kelas saya dan kekawan
I was studying some of your articles on this website and I conceive this website is real instructive! Continue posting .
Erick Orme; Thanks so much