Perjumpaan Lima Minit Setiap Pagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Setiap hari saya menghantar adik ipar saya yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi saya akan melalui kawasan kilang di Bandar Baru Bangi. Saya sering melihat beberapa buah kilang yang mengadakan sesi perhimpunan pagi selama 5-10 minit setiap pagi memberikan taklimat dan objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut. Pada satu ianya satu perkara yang sangat positif untuk diamalkan.
Saya bertanya pada diri mengapa di sektor perkhidmatan awam tidak diadakan pertemuan pagi seumpama itu? Sangat banyak faedahnya jika setiap hari sesi taklimat diadakan kepada semua pekerja.
- Setiap pekerja boleh terus melaporkan permsalahan kerja mereka.
- Pekerja diingatkan dengan fokus apa yang ingin dicapai pada hari tersebut.
- Penyelarasan dan pengemaskinian potensi pekerja diletakkan pada tempat yang betul.
- Pekerja lebih rapat dengan ketua.
- Proses kerja berlaku dengan fokus.
- Setiap kerja akan tahu peranan dan target mereka setiap hari.
- Organisasi tidak akan banyak masalah
Saya memandang alangkah baiknya kalau setiap organisasi dapat mempraktikkan lima minit penting ini untuk menyelaras kembali di samping menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan sebelum bertukar menjadi masalah besar yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.


Salam Along.
Walau hanya 5 minit, kesannya sungguh menggalakkan jika betul saluran dan solusi yang dicapai sesudah itu.
Betul Long, di sektor awam tiada perjumpaan seumpama ini. Amalan perjumpaan pagi ini diamalkan oleh pekerja di negara Jepun.
Salam mesra dari akak.
di tempat saya bekerja, tepat 7.55pagi.. ada senaman pagi, ikrar dan doa = 5 minit, selepas itu ada perjumpaan untuk department saya selama 30 minit.
memang bos saya selalu bertanyakan sebarang isu dan permasalahan pada setiap pekerja.. tetapi apabila terlalu lama sehingga 30 minit setiap hari.. staff pulak jadi bosan.. sedangkan staff untuk department saya hanya 20 orang..