Persediaan Untuk ‘Out Station’
Seringkali anda menghadapi situasi kerja out station? Menjadi sebahagian dari tugas kita apabila bergelar seorang pekerja. Out station mungkin kerana kursus, appoinment atau mungkin juga kerana meeting. Sukar sebenarnya bila terpaksa out station untuk menyelesaikan tugasan bukan?

Beberapa perkara penting sebelum out station
Tujuan out station
Perkara pertama yang perlu anda pastikan ialah apa tujuan anda out station. Kerana itu adalah penyebab kenapa anda meninggalkan rumah anda bukan. Pastikan sama ada untuk kursus, seminar, meeting atau appoinment. Tersalah tujuan sudah pasti anda bukan sahaja penat tetapi dimarahi bos kerana tidak dapat menyelesaikan kerja.
Berapa hari out station
Amat penting untuk mengetahui berapa hari anda akan out station. Dengan mengetahui jumlah hari anda akan dapat merancang apa yang perlu anda bawa nanti.
Lokasi out station
Ini juga adalah perkara penting yang anda tidak boleh tersalah info. Pastikan anda tahu di mana anda akan pergi untuk out station. Barulah anda boleh merancang bagaimana anda akan ke sana. Sama ada anda perlu memandu sendiri, atau menaiki bas atau terus booking flight untuk ke tempat out station.
Apa yang perlu dibawa
Di bawah ini saya senaraikan peralatan yang perlu di bawa:
- Dokumen kerja
- Seluar slack
- Baju kemeja
- Baju kemeja T
- Tali Leher
- Tali pinggang
- Stokin (seeloknya warna hitam sesuai dengan kasut)
- Blazer / Kot
- Kasut hitam
- Kain pelikat
- Baju melayu sepasang
- Kopiah @ songkok
- Kasut sukan (jika perlu)
- Track suit (jika perlu)
- Berus + ubat gigi
- Shaver (jika perlu)
- Charger hp
- Tiket perjalanan (andai anda pergi dengan bas @ kapal terbang)
- Peralatan kekemasan diri (minyak rambut+sikat+perfume+deodorant)
- Telefon bimbit
- Laptop (jika ada)
Jika semua di atas anda dapat selesaikan sebelum ke lokasi out station Insya Allah anda tidak perlu susah hati.
