Profil Motivator
LATAR BELAKANG
Nama sebenar Asrulnizam Abas merupakan seorang perunding motivasi profesional di sebuah konsultan motivasi. Berpengalaman luas sebagai motivator dan trainer untuk pelbagai tahap bermula dari kanak-kanak sehingga kepada golongan pegawai dan profesional. Motivator muda ini fokus kepada potensi diri, kepimpinan organisasi dan juga pembinaan pasukan. Berasal dari Terengganu dan kini memulakan kerjaya tetap sebagai motivator untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan idea.
Pencapaian beliau:
- Sebagai ahli panel untuk rancangan Tanyalah Ustaz, TV9 Dekat Di Hati.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Quran di Universiti Al-Azhar, Kaherah.
- Pengalaman sebagai trainer dan motivator hampir 4 tahun.
- Memegang jawatan Eksekutif Kanan di salah sebuah syarikat perundingan motivasi.
- Telah mengendalikan lebih 200 kursus-kursus motivasi di pelbagai tahap bermula dari kanak-kanak sehingga golongan profesional.
=================================================
Untuk jemputan ceramah motivasi, moderator forum, kuliah agama boleh terus menghubungi beliau di talian 0179777875.


Makasih Putu kerana singgah di blog saya :)
Waka: Terima kasih komen membina. Insya Allah akan dibaiki segera. Ramai bagi support semangat nak menulis.
Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya kita juga akan kena tempias wanginya. :) Terima kasih mencetus idea di sini.
Terima kasih atas cadangan. Jika tidak keberatan bolehlah ajar saya.
Yieever: Bereh Yie. Takdok hal pasal tu.
Petua Sejagat: Terima kasih sudi singgah di sini. Terima kasih juga doakan saya.
PakarHowTo: Terima kasih sudi singgah di sini. Blog baru yang baru bertatih. Semoga dapat membina persahabatan yang baik insya Allah.
assalammualaikum,
apa khabar? saya ingin memohon maaf kerana tidak meminta kebenaran mengambil artikel daripada blog saudara yang telah saya pamerkan pada forum mail dot mail dot gov dot my untuk rakan2 manjadikan artikel2 tersebut sebagai bahan motivasi kerja.
sekali lagi, saya memohon maaf… dan juga memohon kebenaran.
Afendy: Pada saya seeloknya Afendy berikan alamat yang betul untuk saya tengok juga artikel tu dan berikan source di mana Afendy ambil artikel-artikel tu.
lamn untk kakitangan gov.
salam kenalan..tahniah atas usaha perkongsian ilmu motivasi di dunia maya…
iqone_dinie: Salam perkenalan juga. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Komen Iqone sangat dihargai.