Rahsia Dari Kegagalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

failedRupanya-rupanya kegagalan juga membawa erti yang besar ke dalam kehidupan kita. Bahkan mungkin kegagalan pula akan menjadi guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah corak kehidupan kini aga lebih baik dari semalam.

  • Hebatnya kegagalan kerana gagal dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Sejauh mana hebat perancangan manusia, satu yang perlu diketahui bahawa kita tidak akan dapat melawan perancangan yang Allah tentukan. Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata sahaja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.
  • Kegagalan memberikan ruang agar anda lebih teliti dalam melakukan sesuatu perkara sebenarnya. Biasalah sebagai manusia pasti ada juga yang terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Gagal merancang akan menjadi subjek terbaik untuk anda.
  • Gagal bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda bakal menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.
  • Rasa gagal selalunya akan menjatuhkan semangat anda. Namun ada orang apabila gagal semangat untuk mencuba kali kedua adalah dua kali ganda lebih hebat momentumnya dari yang pertama. Jadi memang benar jika Allah berikan kegagalan kepada kita, pasti Allah mahu kita meneliti di mana kekurangan yang perlu diperbaik dan percayalah kepada hikmah Allah Subhanahu Wataala.

Dan satu yang sangat mengujakan saya apabila saya terbaca satu kata-kata hikmah “Gagal adalah kejayaan yang tertunda.” Bermakna kegagalan itu akan memberikan kuasa untuk anda mencapai kejayaan.