Rahsia Dari Kegagalan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/failed.gif" alt="failed" width="300" height="239" />Rupanya-rupanya kegagalan juga membawa erti yang besar ke dalam kehidupan kita. Bahkan mungkin kegagalan pula akan menjadi guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah corak kehidupan kini aga lebih baik dari semalam.
- Hebatnya kegagalan kerana gagal dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Sejauh mana hebat perancangan manusia, satu yang perlu diketahui bahawa kita tidak akan dapat melawan perancangan yang Allah tentukan. Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata sahaja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.
- Kegagalan memberikan ruang agar anda lebih teliti dalam melakukan sesuatu perkara sebenarnya. Biasalah sebagai manusia pasti ada juga yang terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Gagal merancang akan menjadi subjek terbaik untuk anda.
- Gagal bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda bakal menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.
- Rasa gagal selalunya akan menjatuhkan semangat anda. Namun ada orang apabila gagal semangat untuk mencuba kali kedua adalah dua kali ganda lebih hebat momentumnya dari yang pertama. Jadi memang benar jika Allah berikan kegagalan kepada kita, pasti Allah mahu kita meneliti di mana kekurangan yang perlu diperbaik dan percayalah kepada hikmah Allah Subhanahu Wataala.
Dan satu yang sangat mengujakan saya apabila saya terbaca satu kata-kata hikmah “Gagal adalah kejayaan yang tertunda.” Bermakna kegagalan itu akan memberikan kuasa untuk anda mencapai kejayaan.












Selepas kegagalan, satu langkah lagi kejayaan. Kalau orang putus asa selepas gagal, mereka ialah orang2 yang rugi.
Assalaamu’alaikum
Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya. Gagal merupakan titik tolak kepada kejayaan yang bakal menanti. Walau kita tidak tahu bilakah kejayaan itu akan terhasil namun yakinlah setiap usaha ada keberhasilan yang menanti. Yang penting noktah “putus asa” tidak menjadi slogan yang membunuh keriangan hidup kita.
Yang penting lagi adalah membina motivasi diri dengan menggerakkan semangat juang yang hebat. . Dengan meletakkan jiwa dan fikiran kita sentiasa berada dalam keadaan positif dengan apa yang dihadapi akan menjadikan kita dapat bertindak lebih wajar menuju kejayaan yang lebih mengkagumkan.
Kalau dulu kita mendapat keputusan “F: dalam peperiksaan, dengan kesungguhan untuk tidak mengulangi kegagalan yang sama, maka kita membuat jadual perancangan kejayaan untuk menuju “A”, maka kita pasti akan melakukan rencana itu sebaik mungkin agar berupaya mencapainya.
Ingatlah, apabila menghadapi kegagalan lagi, YANG GAGAL itu BUKANLAH diri kita, tetapi USAHA KITA.
Salam mesra dari Bangi.
Tanpa kegagalan tentu tak dapat rasa apa itu erti sebenar kejayaan..kegagalan itulah yang akan menyedarkan kita untuk merubah kesilapan..
Kak Siti: Saya sendiri teringat satu kata-kata pada saya, kalau Along takut gagal maka Along akan gagal. Sangat besar maknanya pada saya. Kegagalan akan menjadi teman terbaik ketika ingin berusaha untuk mencapai kejayaan. Terima kasih akak kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat pada saya semenjak akak menjadi peminat setia laman ini.
Enkha: Pertama sekali kegagalan akan menyedarkan kesilapan kita. Dari sinilah segala langkah-langkah baru mula disusun kembali kerana tidak mahu jatuh ke dalam ruang kegagalan yang sama lagi. Memang benar cakap Enkha, kejayaan tanpa kegagalan nilai kepuasannya tidak sama seperti anda pernah gagal ketika melakukannya.
Gagal dalam sesuatu subjek ketika di universiti selalunya akan menjatuhkan semangat saya sampai suatu ketika jadi putus asa untuk meneruskan pengajian.Alhamdulillah berkat sokongan senior-senior telah menyebabkan saya teruskan juga pengajian walau terpaksa tangguh 1 semester…
Ketika itu saya pegang kata-kata “Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda.” Saya berusaha mencari kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat saya…
Anna: Anna, bukan hanya Anna seorang yang berperasaan begitu. Namun pada pandangan saya mereka yang belum pernah mengalami kegagalan akan merasakan kegagalan sangat perit untuk diterima. Percayalah semua orang akan sedih dengan kegagalan, namun kesedaran akan kembali memimpin mereka berusaha dan akhirnya mencapai kejayaan demi kejayaan.
Sy mnghdapi msalh yg sngt brat bgi sy. Sy plajar ting5, dan baru shja menghadapi peperiksan Excel 2.Slama ini, sy x prnah mnghadpi msalah sperti ini.Sy sbnarnya ok dlam subjek Math.Tpi sy sngat2 sdih, kcewa, dan malu dngan kptsan sy.Sy x gagal,hnya mndapt mrkah yg sngat rndah.Dan cgu sy jga x prnah menyangka kptsan sy bole merosot.Kbnyakan rakan sy mendapat A dan markah mreka mningkat.Sy sngat malu dan takut, utk menghadapi smua itu.Smngat utk trus bljar lbih bsar dri dlu.Tpi, sy trlalu memikirkn pndangan org lain trhdap sy.Sy rsau, dan fkiran sy bercelaru krna trlalu memikirkn tntng kptusan sy itu.Sy sring murung.X tahu bgaimna cra utk menghilangkan rasa malu dan sdih ini… :-(…