Rahsia Kejayaan

“Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.” – Benjamin Disraeli

kejayaan" src="http://www.motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/kejayaan.jpg" alt="kejayaan" width="500" height="240" />

Mungkin dari kata-kata motivasi ini membuatkan anda masih teringatkan pepatah melayu juga yang berbunyi ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Tiada kejayaan yang tidak boleh dicapai jika anda benar-benar mahukannya. Bagaimanakah caranya bukanlah alasan yang perlu dijadikan penghalang untuk menuju ke pintu masuk alam kejayaan.

Apa yang perlu diingati selalu ialah matlamat kepada apa yang anda ingin capai. Bukan mudah untuk terus anda berada di atas matlamat itu. Matlamat menunjukkan anda seorang yang fokus. Matlamat juga menunjukkan anda seorang yang tidak berputus asa.

Kejayaan memerlukan matlamat kerana matlamat adalah kuncinya. Tanpa matlamat tidak akan ada usaha. Tanpa matlamat tidak akan wujud cabaran. Semuanya bersangkut paut kepada matlamat anda. Sesuai sekali kita sama-sama mengingati soal matlamat memandangkan kita sudah berada di ambang 2009 yang akan kita tinggalkan tidak lama lagi. Menuju ke tahun 2010 sudah pasti matlamat perlu diperkemaskan lagi, usaha perlu digandakan lagi dan cabaran perlu lebih banyak ditempuhi.