Rasulullah s.a.w Tidak Memilih Kerja
Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w amat kita sanjungi baik dari sudut akhlaknya, zuhudnya, imannya dan pelbagai aspek kehidupannya yang sememangnya mulia. Satu aspek dari sudut kerjaya yang dapat kita ambil dari baginda, baginda tidak memilih dalam bekerja.
Kita tahu bahawa di awal usia baginda, Rasulullah s.a.w mula mengenal alam pekerjaan dengan hanya bekerja sebagai pengembala kambing. Sememangnya bekerja mengembala kambing hanyalah mendapat upah yang sedikit. Sekadar cukup untuk diri sendiri. Namun apa jua kerja yang diceburi, sebenarnya apa yang mahal adalah pengalaman kerja. Terlalu memilih kerja akan menghilangkan peluang anda untuk mengutip pengalaman-pengalaman berharga dalam profesion. Bayangkan mengurus haiwan seperti kambing sebenarnya memberikan hikmah bahawa mengenali kesusahan dan juga mengenali erti sara hidup.
Rasulullah berjaya dalam hidupnya sebagai seorang yang pakar dalam perniagaan. Walaupun awalnya hanya membantu Abu Talib dalam perniagaannya, namun berkat kesabaran dan kejujuran baginda telah ditawarkan Siti Khadijah untuk menguruskan perniagaannya pula. Bukan mudah mendapat kepercayaan dalam mengurus perniagaan. Lebih-lebih lagi dari seorang yang telah diiktiraf seperti Siti Khadijah.
Moral dari sejarah kehidupan Rasulullah sangat besar. Baginda mengajar kita memulakan sesuatu perkara biarlah bermula dari bawah. Jangan terburu-buru menggapai jawatan yang tinggi. Ijazah dan master belum cukup untuk menjadikan kita seorang pekerja yang baik. Terjun dalam arena sebagai seorang pekerja memerlukan banyak kemahiran yang tidak dipelajari secara formal di dalam kuliah.
Dan apa yang paling penting jangan rasa rendah diri jika sekarang anda hanya memegang jawatan yang rendah dengan gaji yang rendah. Jadilah seperti Rasulullah yang tidak terburu-buru untuk berjaya.













As-salam,
Saya sedang menjalankan perniagaan secara online-menjual supplemen kesihatan berkualiti dan halal dari jenama SHAKLEE (Intro dan promo).
Ingin saya berkongsi. Berdasarkan pengalaman saya, bekerja secara makan gaji, kita sebenarnya ‘tidak nampak’ peluang berniaga dari awal – selepas grad dari uni. Hanya mereka pada masa itu – iaitu student yang nampak jalan sahaja yang berniaga ataupun ada willpower untuk mberniaga selepas grad. kebanyakannya- Gelabah mencari kerja. Bukan fikir mewujudkan kerja.
Hanya seteleh hampir 10 tahun makan gaji, minda lebih terbuka, jalan semakin nampak, dan terus mengambil peluang yang ada mengikut kesesuaian kehidupan yang dijalani.
Terima kasih.