Salam Aidilfitri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tahun ini dirasakan Aidilfitri disambut dengan kemeriahan. Pertamanya ini adalah tahun kedua Motivasi Kerja dot Com menyambut Aidilfitri bersama anda semua. Pastinya kesetiaan anda bersama MK menjadikan aidilfitri lebih berharga.
Perlu diingat bahawa Ramadhan hanya hadir sebulan dalam setahun. Bulan ini adalah bulan perubahan diri. Allah memberikan latihan fizikal, mental, emosi dan rohani dalam bulan ini untuk membentuk zon pencerahan selepas daripada Ramadhan. Adakah kita benar-benar menghayati kelebihan bulan ini dan mendapat hikmah di sebaliknya.
Umat Nabi Muhammad beruntung kerana Allah SWT memberikan lailatul qadr kepada kita. Tetapi kesedaran umat akhir zaman pula semakin lama semakin jauh dengan status mereka sebagai hamba Allah. Akhirnya Ramadhan dilalui tanpa ada perubahan besar di dalam diri mereka.
Aidilfitri adalah kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini. Kemenangan Aidilfitri adalah untuk anda yang telah beribadat sebanyak mungkin kepada Allah. Bukan kemenangan yang dilihat pada persiapan raya semata-mata. Ayuh kita bersama-sama membina perubahan diri yang berterusan bermula dari Syawal ini.













Assalaamu’alaikum Along
Andai langkah berbekas bara. Andai kata merangkai dusta. Andai tingkah menoreh luka. Andai bahasa membedah jiwa. Maaf dipohon seribu ampun. Dari jauh ku kirim salam. Ku hulur tangan memohon kalam. Buatmu sahabat, di hari mulia kita bermaafan.
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
Salam ramadhan yang barakah dan salam aidil fitri yang bahagia.
Siti Fatimah Ahmad: Waalaikum salam. Maaf zahir batin juga dari saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
selamat berhari raya!
Selamat Hari Raya buat Red juga.
salam Aidilfitri jugak.. ;-)
Assalamualaikum Tuan Rumah yang berhati mulia,
Artikel di atas menarik untuk dikomentar khususnya pada petikan ini,
“Aidilfitri adalah kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini”
….minta izin sedikit tambahan ya tuan,
“Juga bukanlah hari bersedih-sedihan dan bergembira dalam persepsi yang ganjil sebagaimana adadnya hari ini…”
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Salam sejahtera & salam perkenalan drpd saya.
Rasanya tidak terlalu awal utk mengucapkan: selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin.