Salam Tahun Baru 1431Hijriah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaruh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/hijrah-1431-300x281.jpg" alt="hijrah-1431" width="300" height="281" />Setiap hari adalah episod baru dalam kehidupan kita. Pengalaman, suka-duka, gurau senda, amal ibadah,kerja dan sebagainya menjadi sebahagian dalam episod kisah anda. Dan akhirnya episod cerita anda berlalu hari demi hari sehinggalah akhirnya kita semua bertemu dengan penghujung tahun dan bertemu tahun baru.

Begitu juga kisah dan ujian-ujian dahsyat baginda Rasulullah dan para sahabat yang bermula pada  tahun Hijrah. Rasulullah yang ingin dibunuh oleh pemimpin-pemimpin Quraish telah digantikan tempat tidurnya oleh Saidina Ali. Ancaman Quraish terhadap baginda begitu dahsyat sehinggakan baginda memulakan hijrah ke Kota Madinah. Ditemani Saidina Abu Bakar akhirnya pada malam baginda akan dibunuh, Allah telah menyelamatkan Rasulullah dan memperbodohkan kafir Quraish yang ingin melaksanakan pembunuhan kepada baginda.

Penghijrahan Rasul pada tahun 622 Masihi menjadi titik mula bahawa agama Islam akan berkembang. Hikmah terbesar ialah Islam berkembang dengan lebih baik kerana ianya bermula di Kota Madinah, satu kota yang amat jauh bezanya dengan Kota Mekah, baik dari sudut pemahaman masyarakatnya, akhlak, ekonomi dan pemerintahannya sudah pasti akan membantu Rasulullah dalam menyampaikan dakwah lebih mudah berbanding ketika berada di Kota Mekah.

Dari peristiwa inilah, konsep hijrah kita terapkan ke dalam kehidupan kita seharian. Hijrah sebagai satu proses perubahan dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari jahil kepada berilmu, dari miskin kepada kaya, itu semua adalah satu corak hijrah yang perlu kita fahami. Hijrah bukan sekadar mampu dilihat fizikal namun hijrah adalah perubahan kesemuanya sekali terutama niat dan iman yang menjadi kunci kepada segala perbuatan.

Salam Maal Hijrah 1431 untuk anda semua yang menjadi pengunjung setia dan pengunjung senyap yang sentiasa memberi sokongan kepada laman ini. Inilah sebenarnya tahun permulaan bagi kita umat Islam. Bukannya tahun Masihi.