Sanggup Ke Bekerja Kalau Gaji Tak Seberapa?

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/salary-gaji.jpg" alt="salary-gaji" width="250" height="290" />Hari ke hari bukan senang nak cari kerja. Kalau dapat kerja pun selalunya gajilah perkara pertama yang kita lihat dulu kan. Gaji tinggi dan lumayan, semakin tinggilah kehendak kita untuk menerima kerja tersebut. Tetapi kalau gaji rendah bagaimana pula? Kalau anda bagaimana?

Pilihan dalam bekerja perlu dilihat dari pelbagai sudut juga. Sekalipun gaji adalah pilihan utama yang perlu kita lihat sebelum kita membuat keputusan untuk bekerja ada juga perkara-perkara lain yang penting, perlu diambil kira.

Tahap akademik anda bagaimana?

Zaman sekarang kerja dinilai dengan kertas. Maksud saya nak bekerja perlukan sijil, diploma, ijazah sehinggalah kepada peringkat tertinggi dalam akademik. Tanpa kelayakan yang diiktiraf ini agak sukar walaupun mungkin anda boleh melakukan kerja tersebut dengan baik. Gaji pun diberikan berdasarkan tahap akademik anda. Kalau SPM janganlah kita berangan untuk menerima gaji seperti orang yang berpangkat ijazah. Sudah tentu jauh sekali tidak boleh. Jadi kalau anda sedar hakikat ini, jangan rasa rendah diri untuk bekerja sekalipun gajinya rendah. Asalkan anda jujur dan ikhlas lama-lama nanti akan dinaikkan gaji juga.

Anda ada pengalaman kerja?

Kalau anda ada sijik akademik sekalipun belum tentu lagi dapat kerja gaji yang tinggi kalau anda tiada pengalaman kerja. Ada juga sebahagian kerja yang memerlukan pengalaman untuk dapat gaji yang tinggi. Dengan kata lain anda dah banyak pengalaman, jika bertukar kerja sudah tentu anda akan dibayar lebih baik dari sebelumnya. Jadi kalau baru sahaja terjun dalam bidang kerja, tidak mengapa untuk mencari pengalaman kerja sekalipun gajinya tidaklah tinggi.

Mudah dan dekat dengan rumah

Bagaimana kalau tempat kerjanya tak jauh dari rumah? Sanggup ke anda bekerja? Daripada bekerja jauh dengan gaji yang juga tak seberapa, lebih baik terima kerja yang sama, gajinya lebih kurang dan dekat dengan rumah. Jimat dan tak perlu nak peningkan kepala kan? Tak perlu fikir tentang tol, rumah sewa dan juga pasal makan.

Pendapat admin:

Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing juga. Kalau untuk jangka masa pendek sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai rasanya tiada salahnya kerja sekalipun upahnya tidak seberapa. Tetapi dalam zaman sekarang ni busuk-busuk pun dalam RM600 – RM700 juga. Untuk jangka masa panjang perlu pekerjaan yang lebih menjamin dan dapat banyak kelebihan-kelebihan lain.