Sanggupkah Kerja Kalau Gaji Tak Seberapa? (Part 2)

Pagi ini saya bangun agak lewat berbanding biasa dalam area 6.30 pagi. Selesai solat Subuh, terus menghadap blog kesayangan saya ini. Ada sesuatu yang menarik hati saya.

Anda masih ingat posting saya tempoh hari? Berkenaan tajuk yang sama. Saya ingin kongsikan satu respon baik dari Uncle yang mungkin dapat kita kongsikan:

Salaam Admin.
Uncle pernah kerja menjadi tukang cuci bilik di Shangri La Hotel Penang (sekarang Traders). Uncle tak malu. Uncle pernah jual ice cream kat Swensens  Ice Cream Damansara Jaya (sekarang dah tutup). Uncle tak malu. Uncle pernah kerja jadi tukang buang sampah dan cuci toilet kat Baskin Robbins Seksyen 14 (opposite TGIF). Uncle tak malu. Uncle mencuri ka? Tidak…cuma untuk menyara hidup dan waktu tu Uncle baru balik dari Switzerland selepas habis belajar…..at one point of time, money is not everything….I was paid RM2.70/hour at Baskin Robbins….

That’s part of our learning curve…..ask ourself whether we deserve to get high salary? Are we qualified? If the answer is no, then adik-adik, do something about it…work hard…pray hard….have a goal and insya Allah akan dilorongkan kemudahan…

Uncle

===============

Terima kasih Uncle atas perkongsian yang baik ini. Terus terang saya katakan bahawa tak ramai orang sanggup buat apa yang Uncle buat. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang akademik yang tinggi, tetiba balik Malaysia bekerja tukang cuci atau mungkin kerja-kerja buruh selepas balik dari oversea dengan segulung ijazah atau Master. Sudah tentu mereka tidak mahu.

Antara mungkin alasan yang selalu kita dengar, kerja tersebut mungkin memenatkan, gaji pula rendah, kerja memalukan, kerja tidak  standard!

Mungkin sebahagian berpendapat apabila belajar makin tinggi, senang dapat kerja. Belum tentu juga. Lihat kepada bidang yang diambil. Andai bidang tersebut banyak persaingan dan kekosongan jawatan untuk diisi agak terhad sudah tentu anda akan berdepan dengan masalah juga untuk mendapat kerja tetap yang anda inginkan.

Apa yang Uncle responkan mungkin ringkas, tapi pada saya perkongsian ini amat bermakna. Jangan terlalu mengejar kerja yang tinggi gajinya jika kita masih belum berpeluang menerimanya. Tapi andai kita terima tawaran kerja yang bagus jangan ditolak pula. Selagi nafkah yang anda cari itu berstatus halal, tidak ada salahnya untuk mencuba dan mencari pengalaman dari duduk terperuk di rumah.