Sejarah Hari Buruh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam kita di Malaysia menyambut Hari Buruh. Tapi kebetulannya tahun ni 1 Mei jatuh pada hari Sabtu. Kalau jatuh pada hari Ahad rasanya ramai yang balik kampung.

Sebenarnya Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah sambutan Hari Pekerja Antarabangsa yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. Dan akhirnya peristiwa yang berlaku pada 1886 telah dimurnikan sebagai memperingati jasa dan pengorbanan seorang pekerja.

Hari Buruh sepatutnya semua tidak dibenarkan bekerja, namun ada juga sebahagian tugas tetap perlu dilaksanakan juga seperti tugas-tugas menjaga sempadan negara, tugas-tugas doktor, bahkan DJ Radio pun terpaksa bertugas juga. Apa yang penting Hari Buruh sebagai lambang memberikan penghormatan kepada semua mereka yang bergelar pekerja yang telah memberikan komitmen, tanggungjawab dan juga kesetiaan dalam kerjaya masing-masing.

Sumber fakta : Wikipedia