Sejarah Wanita Islam Bekerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalipun di zaman Rasulullah sollallahu alaihi wasalam tidak banyak wanita bekerja di luar kwasan rumah, namun sebahagiannya tetap bertugas kerana kemahiran yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka diperlukan untuk bekerja di luar kawasan mereka.

  • Ummu Atiyah bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawat pejuang-pejuang lelaki yang cedera di medan perang dan juga menyediakan makanan untuk mereka.
  • Rufaydah Al-Aslamiyyah adalah doktor wanita Islam pertama yang Nabi sediakan sebuah khemah khas di Masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang-pejuang Islam yang cedera ketika peperangan Khandaq.
  • Ar-Rabaiyyi binti Muawwiz dan Ummu Sulaim yang bertugas di luar rumah sebagai pemberi makanan dan minuman kepada pejuang-pejuang Islam.
  • As-Shifa’ binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis ketika Nabu Muhammad masih hidup.
  • Ummu Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan Masjid Nabi.
  • Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ dalam menjalankan tugas-tugas sebagai al-hisbah atau auditor syariah di pasar ketika itu bagi memastikan segala urusan yang dijalankan menepati Syariah.