Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Tahun Baru untuk anda semua yang menjadi sahabat saya di blog ini. Walaupun sudah masuk hari kedua tahun baru rasanya tidak lewat lagi untuk saya mengucapkan Happy New Year pada anda semua. Saya pasti ramai yang menulis ucapan selamat ini pada teman-teman. Sms sudah pasti memenuhi inbox telefon bimbit kesayangan anda.

Malam ini dalan Buletin Utama, pelbagai insiden mencemarkan pandangan mata dan halwa telinga tentang gejala maksiat sempena malam tahun baru. Seakan berita sebegini sedikit mengguris hati kita semua. Mengapa tahun baru dicemari dengan gejala maksiat yang mencemarkan nama baik negara. Seumur hidup saya, belum pernah melihat bunga api yang berkilauan di udara ketika detik 12 malam. Hati ini sememangnya ingin juga sekali melihat perkara seumpama itu.

Namun ada juga bisikan hati mengatakan bimbang dan takut juga jika di dalam kegembiraan yang melalaikan itu Allah berikan ujian dengan perkara yang tidak diingini. Banyak kali saya melihat di youtube.com malapetaka yang Allah turunkan ketika pesta seumpama itu berlangsung. Nauzubillah. Saya tidak mengatakan kepada anda semua jangan pergi ke sambutan seperti itu, cuma beringatlah. Di sebalik kegembiraan pasti ada dukanya.

Tahun baru datang dan pergi. Apa pengisian yang anda ingin lakukan. Sahabat saya pernah bertanya kepada saya “Perlukah ada azam baru? Mengapa tunggu tahun baru baru nak buat azam?” Pada saya soalan ini mencabar minda dan emosi saya.

Ramai orang memperlekehkan azam baru. Sekadar azam memang tidak akan membawa apa-apa erti. Tetapi hidup tanpa azam rasanya lebih seksa untuk diterima. Ibarat anda tidak tahu apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Bahkan anda meletakkan kehidupan anda lebih selesa berlalu begitu sahaja tanpa anda apa-apa perubahan. Pedih bukan? Fikirkanlah..

Tidak semestinya tahun baru untuk anda meletakkan azam. Cuma kebiasaannya manusia ingin meletakkan sebab kepada sesuatu yang ingin dicapai, sebab ingin berubah dab sebagainya. Maka tahun baru adalah sebahagiaan sebab kepada titik tolak membina anjakan pradigma dalam kehidupannya. Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semua, tahun baru akan mulakan langkahnya dan kita juga perlu seiring langkah bersamanya baik dari sudut diri, amal ibadah, kerjaya dan juga impian agar kita menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat.