Senarai Semak Sebelum Raya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari raya bakal menjelma ramai yang akan balik raya. Pastikan sebelum balik raya anda periksa senarai berikut:

  1. Servis kereta sebelum balik
  2. Pastikan dalam kereta ada peralatan-peralatan baiki kereta
  3. Pastikan tayar spare diisi angin
  4. Jangan lebih muatan
  5. Sediakan lampu picit untuk perjalanan malam
  6. Pastikan rumah anda dikunci sebaik mungkin
  7. Tutup semua suis yang perlu
  8. Rancang perjalanan sebaik mungkin
  9. Isi penuh tangki minyak anda
  10. Bagi anda yang balik dengan flight sila pastikan tiket dan kad pengenalan di bawa
  11. Berhenti di R&R jika mengantuk, jangan berhenti di bahu jalan
  12. Sediakan wang secukupnya untuk perjalanan
  13. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan ada kredit dan bateri penuh

Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.