Senior Sukar Ditegur?
Dalam suasana bekerja di tempat anda pastinya ada golongan senior dan junior. Siapa anda di tempat kerja? Senior atau junior? Seringkali masalah komunikasi berlaku dalam dua golongan besar ini terutama golongan senior yang tidak boleh menerima cadangan daripada junior. Adakah ini sesuatu perkara yang negatif atau positif?
Disebut sebagai senior bermakna mereka mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kerjaya mereka. Dalam tempoh tersebut mereka telah melalui beberapa posisi dalam struktur pentadbiran organisasi, maka pastinya mereka mempunyai banyak kelebihan dan kemahiran. Pemikiran mereka lebih terbuka dalam perbincangan. Boleh menerima idea dan pendapat orang lain melainkan beliau menunjukkan sifat bossy.
Satu lagi senior yang dikategorikan sebagai mereka yang telah lama bekerja tetapi masih pada jawatan yang sama. Mereka mungkin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang tugasan mereka atau mungkin juga sebaliknya. Senior yang berada pada posisi ini biasanya mempunyai masalah dengan persekitaran di sekelilingnya. Tertutup dalam perbincangan dan sentiasa merasakan tindakannya betul dan tepat dengan alasan pengalamannya yang lama di posisi tersebut.
Berbalik pada tajuk perbincangan ini, anda sendiri perlu pastikan mengapa senior anda sukar ditegur? Adakah dia berada pada posisi senior pertama atau kedua? Teliti setiap karektor senior anda dengan baik. Cuba perhalusi bagaimana pendekatan yang sesuai yang boleh digunakan untuk memberikan teguran agar ianya diterima. Jika teguran boleh menjatuhkan kedudukan seniornya di hadapan orang lain pasti teguran anda tidak akan diterima kerana anda sendiri telah menjatuhkan maruah dirinya.













sememangnya tragedi sebegini dimana senior sukar ditegur dan tidak boleh ditegur terjadi di mana-mana organisasi. Sesungguhnya, pada pandangan saya walaupun dari segi senioriti saya berada di tangga ketiga tetapi saya sentiasa berusaha bekerja dalam suasana yang boleh ditegur dan menerima teguran dengan positif dan mengambil setiap teguran itu adalah idea dan perubahan yang perlu diberi tindakan. Bagi saya senior harus menunjukkan hasil kerja yang lebih cemerlang dan bersedia bekerja lebih masa walaupun tidak ada peruntuka kewangan lebih masa. Sebagai senior saya sentiasa berfikiran bahawa semua pekerja adalah rakan sejawat dan peranan semua adalah sama penting. Sebagai senior juga tidak perlu berfikiran anda lebih tahu segala-galanya kerana adakalanya ada perkara yang anda sendiri tidak tahu walaupun anda seorang senior. Bekerja sebagai satu ibadah dan sebagai senior haruslah sentiasa menghargai tugas ataupun tanggungjawab yang diberi kepada kita agar diberkati oleh Tuhan. Sesungguhnya di dalam menunaikan tanggungjawab bukan dipandang dari segi senioriti. Harga menghargai di antara rakan sekerja amatlah penting. Untuk itu mereka yang lebih junior juga harus fahama situasai tempat kerja.