Sesi Temuramah Santai
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sebenarnya baru sahaja selesai gunting di sebuah kedai gunting yang selalu saya singgah sebab berada di bawah pejabat tempat saya bekerja. Sudah hampir empat tahun saya bekerja, tetapi hari ini baru berpeluang bersembang panjang. Seorang rakyat Madras datang ke Malaysia makan gaji sebagai tukang gunting yang telah berpengalaman hampir lima tahun. Lebih awal setahun sejak saya bekerja di Bangi ini.
Sesi temuramah santai kami bermula apabila rambut saya mula digunting oleh Kumar:
MK: Kumar sekarang you sorang saja ke kerja? Mana you punya kawan?
Kumar: Saya punya kawan itu balik India, mahu kahwin.
MK: You sudah kahwin ke belum?
Kumar: Abang, saya masih belum kahwin. Ini sekarang mahu kerja kumpul wang mahu kahwin.
MK: Kumar, saya banyak suka gunting sama awak. Saya punya stail pun you sudah tau.
Kumar: Biasalah bang. Lama-lama kerja abang satu kali datang saya sudah ingat abang punya stail.
MK: You berapa lama sudah duduk Malaysia?
Kumar: Saya sudah lima tahun. Saya ingat tahun saya mahu balik India. Bikin kedai gunting sendiri.
MK: Bagus tu. Sana berapa modal kalau mahu buka kedai gunting?
Kumar: Dalam 50,000 rupi (RM5000). Beli kerusi, bikin kedai semualah.
MK: Ooo..kalau macam tu tarak banyaklah. Gaji you kerja sekarang berapa?
Kumar: Itu bos saya kasi RM750 sebulan.
MK: Ooo..habis berapa banyak you hantar wang kampung sana? (Saya pun dah tukar cakap macam india)
Kumar: Satu bulan saya hantar RM700 sama saya punya amma.
MK: Banyak tu. Macam mana you belanja dekat sini?
Kumar: Saya punya bos kasi RM10 satu hari untuk makan, jadi itu duit gaji saya kasi sama amma lah. Saya punya amma sudah tinggal satu orang. Saya punya ayah juga sudah meninggal. Jadi saya kasih banyak sikit.
MK: Bila mau balik India?
Kumar: Saya ingat tahun depanlah bang, balik sana terus takde datang sini lagi. Mahu buka kedai gunting.
MK: Baguslah. Jangan kerja dengan orang lama-lama. You Malaysia mana sudah pergi?
Kumar: Saya sudah pergi itu Genting, Langkawi, Melaka, N9. Ini tahun saya ingat mahu pergi Cameron la bang.
MK: Bagus tu..
Dalam lebih kurang 10 minit Kumar dah selesai gunting rambut saya. Dah empat tahun saya jadi pelanggan tetap dia. Apa yang anda dapat dari temubual santai saya ni?












Assalaamu’alaikum Along
Lama tidak menitip hikmah di ruang motivasi Along ini. Tidak pernah melupakan MK yang selalu memberi kata semangat di sini.
Membaca dialog santai Along dengan Kumar, membuat akak senyum dan ketawa. Bijak melontar kata dan tanya juga pintar mengubah bahasa. Akak membaca seperti mahu geleng kepala juga jadinya. Aduuh… terbawa-bawa pulak dengan gaya bahasa pertanyaan Along tu.
Hai Along… hilang penat akak sepanjang hari ini dengan tugas akhir tesis akak yang perlu dimurnikan. Hilang sikit tension ni.
Mudahan Kumar akan berjaya dengan harapan tingginya. Akak juga doakan Along sukses selalu dengan kerjaya dan bahagia bersama keluarga. Si comel cantik tu dah pandai apa Long ?
Salam mesra dari akak di Sarikei, Sarawak.
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususya pada petikan ayat ini ”
Kumar: Satu bulan saya hantar RM700 sama saya punya amma.
Kumar menyimpan 93.3% dari gajinya. Hebat! Ada potensi jadi Kaya.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Siti Fatimah Ahmad: Salam buat akak. Memang sudah lama tak jenguk ke sini. Biasalah saya faham kalau komitmen kerja tu. Semua orang punyai tuntutan yang perlu diselesaikan. Dialog ini akan Along tuliskan lagi pengajaran penting untuk dikongsikan. Banyak ilmu dapat dari perbualan yang singkat ini. Irdhina dah masuk 3 bulan. Dah mula tunjuk keletah dirinya. Sudah boleh berinteraksi dengan baik. Paling Along suka dari kecil sudah mula nampak bakat public speaking sebab suka berborak. Bagus untuk pelapis tu.
Pemburu Impian: Begitulah hebatnya Kumar. Banyak pengajaran saya dapat dari perbualan singkat ini. Insya Allah akan dikongsikan.
salam,
byk betul kumar tu htr duit ke mak dia sebulan. padan la org luar suka kerja kat malaysia