Situasi Stres (1)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tempat kerja adalah lokasi yang sering mencetuskan stres. Urusan kerja pastinya melibatkan pengurusan masa dan kerja mengikut due date sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kerja. Itu belum lagi masuk masalah dengan bos dan rakan sekerja. Kalau dicampur tentu masalah dan tekanan akan menjadi lebih teruk.
Salah satu punca stres di tempat kerja melibatkan kerosakan peralatan yang digunakan di pejabat sebagaimana yang anda lihat dalam video ini. Apa yang perlu anda lakukan jika situasi seumpama ini? Masih ada cara jika anda berfikir secara rasional. Paling penting jika situasi ini berlaku tenangkan fikiran seketika sambil menarik nafas dalam-dalam. Semakin anda fikirkan ketika itu akan terus mengusutkan keadaan. Agak tenang sedikit barulah fikirkan untuk selesaikan masalah anda.
Peringatan juga kepada pihak majikan jika peralatan sudah tidak dapat digunakan pada tahap 100%, fikirkanlah cara untuk menyelesaikannya supaya pekerja dapat memberikan komitmen pada tahap maksimum.












Bahaya betul tgk video di atas.
Bertindak selepas berfikir, i’Allah OK.
Saya kdg2 pun tekanan juga.
hehe, tanak rr keja pejabat camnie.. haha, nak keje sendrik, jadik boss kpd orang laen, baru xstress… :D
Hadi Rofie: Biasalah manusia bila tak rasional, emosi kena pastikan sentiasa stabil.
[...] posting yang lepas anda telah melihat situasi stres boleh berlaku apabila berlaku kerosakan pada peralatan di pejabat. Selalunya situasi seperti itu [...]
ssalam..jahat ke diri kita klu x mahu beri kemaafan pada orang yang mengkhianati diri kita?nape org ygsll buat jht kt org dpt hidup dgn aman?