Tabiat Memberi Alasan
“99% kegagalan datangnya daripada mereka yang mempunyai tabiat suka memberi alasan.” – George Washing Carver
Kata-kata motivasi yang sangat ringkas, tetapi memberikan maksud yang sangat besar. Terutama bagi mereka yang pernah mengalami kegagalan. Cuba anda lihat dalam suasana masyarakat kita pada hari ini, mengapa kita sering berada di belakang tidak seperti bangsa lain. Lihat sahaja bangsa Jepun, Korea, bahkan Barat mengapa mereka lebih hebat?
Jawapannya kerana bangsa kita, masyarakat kita terlalu banyak memberikan alasan. Andai disuruh untuk mencuba, belum apa-apa lagi mereka memberikan alasan. Alasan adalah langkah pertama mengapa kita banyak gagal. Lihat saja orang lain di luar sana, mereka menjadi perintis kepada pelbagai bidang. Tapi apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita mula merasa cemburu sedangkan sikap memberi alasan itulah yang menyebabkan kita tidak dapat menjadi hebat sebagai mana bangsa lain.
Kurangkan alasan. Mulakan tindakan. Mungkin inilah langkah pertama dalam membina anjakan minda dalam melakarkan kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.












[...] kali ini adalah sebagai ulasan kepada post sahabat saya Motivasi-Kerja.com. Post ini menarik dan saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Sebelum kita [...]
Assalamualaikum tuan along :)
Saya sangat berminat dengan post kali ini. Saya ada memberi sedikit ulasan di blog saya sendiri.
Sememangnya, mereka di luar sana ramai yang suka memberi alasan!
Saya sendiri sebenarnya kadang-kadang perlu membiasakan diri untuk menerima alasan-alasan yang mereka sengaja “wujudkan” .Walaupun kita yang mendengar, alasan itu tidak berapa logik, sabarkan jelah!
Semangat yang pada awalnya berkobar-kobar,
lama kelamaan akan padam dan malap.
Sinar yang berkilau pasti akan malap jika kita terus beralasan.
Jadi kepada semua,
jauhkanlah diri daripada beralasan.
Saya tahu, saya sendir beralasan. Tiada yang maksum
tidak beralasan. Tetapi cuba kurangkan dan cuba BUAT dahulu sesuatu sebelum memberi reaksi.
Assalaamu’alaikum
Amboi Along…. jangan melihat alasan secara subjektif sahaja… lihat juga alasan yang boleh memberi kekuatan dan positif… Namun demikian, akak tidak nafikan kenyataan tulisan Along di atas… alasan negatif biasanya membawa kegagalan. Tepat tu long. Akak setuju… he..he.. kalau tak setuju, along marah akak pulak… he..he..he..
Tetapi dalam beberapa hal, alasan yang kuat akan menghasilkan tindakan yang tepat. kerana itu apabila kita ingin mengemukakan proposal atau apa sahaja yang berkaitan dengan projek kita, kita perlu memberi alasan munasabah untuk mempertahankannya agar dilihat ada kekuatan dalam apa yang kita lakukan dan boleh membawa kejayaan.
Namun tidak aneh orang sering begitu pandai memberi alasan tetapi begitu bodoh dalam bekerja. inilah bukti alasan yang tidak sempurna. Salam mesra dari Akak.
Kak Siti: Assalamualaikum. Kak Siti, alasan yang kuat, rasanya kita tak guna perkataan alasan. Tapi kita akan guna hujah yang kuat. Hujah atau sebab untuk mempertahankan sesuatu yang munasabah itu bab lain. Apa yang Along nak sampaikan tentang sikap kita yang sikit-sikit beri alasan. Tapi mencubanya jauh sekali. Potensi diri akan terpadam begitu je.
Kak Faiz: Assalamualaikum. Memang benar respon Kak Faiz tentang ni. Kita lebih hebat mencipta alasan kreatif dari mencari jalan penyelesaian yang kreatif. Ada sahaja alasan yang munasabah untuk diberikan kerana nak mengelak dari masalah dan peluang yang diperolehi.
perkataan alasan harus dikikis dihatisanubari kita. kita mesti buat dulu baru kamplain ini belum cuba dah beri cuba dulu. tak salah jika kita mencuba
Sahrir: Salam perkenalan Sahrir. Saya juga bersetuju dengan kenyataan Sahrir. Asyik beri alasan idak akan menggerakkan apa-apa, hanya tindakan yang akan membuahkan hasil.