Etos Kerja Islami

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 26-10-2009

3

nilai-nilai-islamAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pernah dengar tentang Etos? Kalau anda pernah membaca buku 8 Etos Kerja Profesional yang dikarang oleh Jansen H. Sinamo mungkin anda telah faham dengan baik apa maksud perkataan ini. Perkataan etos ini sebenarnya berasal dari Yunani yang memberikan maksud sebagai etika, karektor, sikap, kebiasaan dan kepercayaan.

Jadi apabila kita membicarakan tentang etos kerja Islami maka sesuatu yang perlu kita ingat adakah kita bekerja, kita mengamalkan nilai-nilai kerja yang dianjurkan oleh Islam sepenuhnya. Sebagai seorang muslim pekerjaan yang kita lakukan memerlukan penerapan nilai-nilai Islam agar kerja yang dilakukan bukan sahaja menjadi terbaik bahkan mendapat keberkatan dalam kerja juga.

Untuk menghidupkan etos kerja Islami dalam profesion, anda mesti berusaha:

Melakukan yang sehabis baik

Ini bukan teori. Tetapi ajaran yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai sesiapa yang melakukan sesuatu perkara, maka dilakukannya dengan terbaik.” Islam meletakkan nilai terbaik sebagai tanda bahawa Islam bukan agama yang lekeh dalam soal-soal kerja. Namun ketiadaan nilai terbaik ini menjadikan umat Islam sering dilabelkan sebagai individu yang melakukan kerja tidak profesional.

Kerja adalah ibadah

Antara keistimewaan etos kerja Islam kita dapat mengambil peluang beribadah dalam melaksanakan tuntutan kerja kita. Kerja juga akan diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan atas prinsip-prinsip kerja yang betul serta tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam seperti rasuah, menipu dan tidak jujur dalam tugas. Etos kerja Islam memberikan kemudahan secara tidak langsung untuk menambah amal ibadah dalam apa jua bidang kerja yang diceburi.

Konsep ihsan sebagai asas kukuh

Etos kerja Islam meletakkan bahawa kerja perlu dilakukan dengan baik dan jujur sepanjang masa. Nilai ihsan yang meletakkan Allah sebagai pemerhati kepada semua kerja yang kita lakukan sepatutnya tidak berlaku lagi penyelewengan dalam kerja. Penghayatan yang tinggi terhadap nilai ihsan secara automatik memberikan perkhidmatan dan produktiviti yang terbaik dan cemerlang.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.