Anda Juga Boleh Jadi Hebat!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua potensi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang berasal dari Romania yang telah diiktiraf sebagai kanak-kanak terkuat di dunia. Giuliano Stroe telah masuk Guiness Book of World Records kerana berjaya berjalan dengan pantas sejauh 10 meter dengan membawa pemberat. Stroe berjaya mencipta rekod ini pada awal tahun ini. Kegigihan Stroe berlatih sejak dari kecil lagi patut kita ambil motivasi diri bahawa anda juga berhak jadi hebat jika anda memanfaatkan potensi diri pada tempat yang betul.
Kelebihan Bekerja
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/bertani.jpg" alt="bertani" width="200" height="200" />“Barang siapa merasa penat di waktu petang kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri maka pulang ia di waktu petang itu dengan diampuni dosanya. ” – [HR Thabrani & Muslim]
Allah SWT memberikan ganjaran kepada mereka yang melaksanakan kerja dengan cemerlang dan baik. Ganjaran yang diberikan Allah SWT tentunya bukan sedikit. Bahkan diberikan keampunan dosa sekiranya anda melakukan kerja dengan baik. Kepenatan dan kelelahan bekerja sudah tentu berasaskan kesukaran sewaktu melaksanakannya. Maka niat ikhlas diberikan pengiktirafan dengan pahala dan keampunan yang Allah berikan.
Hikmah dari hadis ini memberikan motivasi diri kepada kita agar menggunakan keupayaan semaksima mungkin untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua kerja yang dilakukan. Bukan sekadar untuk mendapat gaji dan pangkat sahaja. Kerana kerja di sisi Allah dinilai sebagai ibadah jua. Ibadah-ibadah dalam waktu kerja inilah yang kita harapkan dapat membantu kita sebagai bantuan kepada ibadah-ibadah khusus yang sedikit kita lakukan.
Perbuatan Baik Ganjarannya Akan Berterusan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Tiada perbuatan yang baik akan berakhir di situ sahaja. Satu perbuatan baik akan disambung dengan suatu perbuatan baik yang lain. Contoh yang baik akan diikuti. Satu perbuatan yang baik akan menghasilkan akar yang akan bergerak kesemua arah, yang mana akar-akar ini akan tumbuh menjadi pokok baru. Apa yang paling hebat terhasil daripada perbuatan baik terhadap orang lain ialah ia menjadikan orang yang berbuat baik itu baik terhadap dirinya sendiri.”
- Amelia Earhart
Peluang Dalam Kesukaran
“Seseorang yang mudah putus asa melihat kesukaran di dalam setiap peluang, seseorang yang optimis melihat peluang di dalam setiap kesukaran.” – Winston Churchill
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/peluang.jpg" alt="peluang" width="429" height="300" />
Mencipta peluang dalam kesukaran, anda juga pasti bahawa ia bukanlah perkara yang mudah kerana selalunya kesukaran akan memadamkan peluang. Kesukaran akan menumpulkan daya fokus terhadap apa yang anda ingin capai. Mencipta peluang memerlukan kesabaran dan fokus sekaligus. Bukan calang-calang orang jika anda mampu melakukannya.
Putus asa adalah musuh utama kepada matlamat anda. Sikap putus asa akan menghilangkan strategi anda, melunturkan usaha anda, dan juga mungkin juga akan membunuh anda dengan kegagalan.
Motivasi Kepimpinan Iskandar Zulkarnain
Siapa Iskandar Zulkarnain? Mungkin anda akan menjawab, Alexander The Great adalah Iskandar Zulkarnain. Tetapi jika anda membaca buku Alexander Bukan Zulkarnain, dua insan ini adalah insan yang sangat berbeza. Alexander bukanlah pemimpin dunia yang mampu menguasai dunia. Alexander bukan muslim. Berbeza dengan Iskandar Zulkarnain sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai kerajaan atau empayar yang luas meliputi Timur dan Barat. Hebat bukan?
Kepimpinan Iskandar Zulkarnain menjadi sejarah ulung dalam Islam. Beliau adalah merupakan seorang Raja Persia yang beragama Islam. Beliau adalah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakatnya dan dikurniakan Allah dengan kepintaran akal fikiran serta mahir di dalam ilmu pengetahuan antaranya ilmu peperangan, ilmu kimia, politik dan sebagainya lagi.
Jika diteliti, apakah yang menjadikan kepimpinan Iskandar Zulkarnain hebat hanya kerana beliau menjadikan Allah SWT sebagai matlamat kepimpinannya. Beliau memimpin bukan kerana ingin berkuasa. Tetapi memimpin manusia untuk kembali kepada agama Allah SWT. Apabila kepimpinan yang dilaksanakan tidak kerana tujuan tertentu, bahkan atas tujuan agama Allah, sudah pasti akan beroleh kejayaan. Tidak hairanlah mengapa Iskandar Zulkarnain mempunyai empayar yang besar.
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/iskandar-zulkarnain.jpg" alt="iskandar-zulkarnain" width="346" height="230" />Kisah Iskandar Zulkarnain dari Surah Al-Kahfi (83-98)
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). ”
“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.”
“Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.”
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.”
“Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.”
“Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. ”
“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
“Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
Bolehkah Bekerja Tanpa Motivasi?
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/motivasi-kerja-copy-300x271.jpg" alt="motivasi-kerja copy" width="300" height="271" />Saya menulis kebanyakkannya adalah berkaitan dengan motivasi kerjaya. Adakah perkara-perkara yang menyuntik motivasi ini sangat diperlukan dalam kerjaya? Atau mungkin memadai anda menjawap, “Ala..saya memang dah bermotivasi tinggi. Tak perlu lagi sesuatu yang dapat membangkitkan motivasi saya.”
Tapi bolehkah anda bekerja tanpa motivasi? Jika saya jawapnya tentulah boleh. Tapi akan banyak kekurangan yang akan bersama anda. Anda mungkin bekerja, tetapi kerja yang anda laksanakan hasilnya tidak sebaik orang yang bermotivasi. Anda mungkin bekerja tetapi anda hilang rasa keseronokkan bekerja. Bekerja semata-mata kerana memerlukan gaji. Anda akan hilang semangat. Langkah anda ke tempat kerja akan longlai. Wajah anda akan berkerut memikirkan untuk melihat wajah bos anda yang selalu memarahi anda.
Apa yang terlintas di fikiran anda, anda ingin menjauhkan diri dari tempat kerja. Kalau boleh ingin terus berhenti dan mencari kerja lain. Teguran yang sedikit pun akan dianggap besar impaknya pada anda. Perasaan tidak puas hati akan terus bersarang di hati anda. Betul atau tidak? Tanyalah hati anda!
Itulah perbezaan ketara bekerja dalam keadaan bermotivasi dan sebaliknya. Produktiviti pekerja akan menurun kualiti dan kuantitinya. Dan perkhidmatan yang dihasilkan pula memberikan peratusan yang berbeza. Persoalan yang sering timbul ialah bagaimana untuk terus menjadi pekerja yang bermotivasi? Sebagaimana yang disebut oleh Matthew Stasior “You must motivate yourself Everyday?”
Insya Allah saya akan jawap persoalan ini.
8 Tanda Menunjukkan Anda Seorang Workaholic
Adakah anda seorang gila kerja? Ayuh kita buat sedikit semakan.
- Anda bekerja sehingga lewat malam dan hujung minggu. Aduhai ini memang menunjukkan bahawa anda memang seorang yang gila kerja.
- Anda jarang ambil masa untuk bercuti seperti melancong untuk tempoh-tempoh tertentu. Dan kalau keluar bercuti pun hanya pada nama, tetapi anda tetap melakukan kerja-kerja anda ketika waktu bercuti.
- Tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti privacy seperti, keluar dengan rakan-rakan, bersukan atau keluar memancing.
- Topik perbualan anda tidak akan lari dari niche kerja. Sembang, SMS dan emel anda hanya berkaitan dengan kerja.
- Kehilangan kehidupan untuk bersama keluarga, rakan-rakan, ziarah sanak-saudara, masa untuk beribadat dan juga masa untuk mencari motivasi diri anda.
- Tidak ada masa untuk rehat langsung. Setiap detik hanya kerja, kerja dan kerja.
- Rehat membuatkan anda stres. Apabila anda mula berfikir untuk membaca buku atau menonton muvi, anda akan berfikir anda tak boleh melakukannya kerana hati anda berkata anda mesti bekerja.
- Banyak masalah keluarga timbul kerana anda terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat memikirkan masalah-masalah lain. Anda juga selalu tiada di rumah. Ketiadaan anda yang lama sudah pasti akan membentuk perubahan-perubahan negatif di dalam keluarga.
Pendapat admin:
Bekerjalah dengan bijak bukan hanya bekerja kuat. Jadi hamba kerja belum tentu boleh kaya raya dengan bahagia. Sebagai muslim bukan hanya tuntutan kita pada kerja, bahkan pada keluarga, anak-anak, dan yang penting pada Allah wajib kita sempurnakan.












