Tertunaikah Azam Tahun Baru?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tidak berapa lama lagi tirai 2010 akan berlabuh dan gerbang 2011 akan tiba. Hakikatnya 2010 yang berbaki sebulan sahaja lagi rasanya paling sesuai untuk anda melihat kembali sejauh mana pencapaian azam tahun baru yang lepas. Adakah berjaya ditunaikan? Adakah masih dalam proses atau terbengkalai begitu sahaja?
Jangan terlalu banyak untuk dilaksanakan pada tahun depan sekiranya azam tahun ini masih dalam proses untuk dicapai. Berusahalah sehingga impian tercapai. Anda bukan sahaja berpuas hati bahkan itulah pencapaian untuk diri anda sendiri.
Saya sendiri telah melakukan proses penilaian terhadap azam tahun ini:
- Nak terbitkan dua buah buku motivasi (baru 10% )
- Mudah-mudahan jadi ayah yang baik untuk anak sulong (Alhamdulillah. Mudah-mudahan akan lebih baik)
- Mudah-mudahan gaji aku dinaikkan sampai RM3000 (belum tercapai)
- Nak beli kamera dslr Nikon (RM2000) (belum tercapai walaupun hari tu dah mampu)
- Nak sambung belajar ke tahap Master (belum lagi)
- Target 300 entri menarik untuk blog Motivasi Kerja (baki tinggal 12 posting sahaja lagi)
- Bina modul latihan untuk syarikat sendiri pula (Alhamdulillah)
Jadi anda bagaimana pula? Lakukan penilaian sekarang kerana andai akan dapat bina perancangan baru untuk mencapai azam ini tahun hadapan. Jangan dah masuk tahun depan baru nak rancang. Agak terlewat.
4 comments - What do you think?











