Azam Tahun Baru
Rasanya agak awal untuk kita membicarakan tentang azam baru memandangkan kita baru di awal bulan Disember. Tetapi perancangan hidup sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu untuk kita membina perancangan untuk masa depan diri, keluarga dan kerjaya.
Setiap tahun kita menulis azam baru dengan penuh semangat. Mengharapkan apa yang diidamkan dapat dipat dalam tahun tersebut. Tetapi berlaku sedikit kesilapan kita dalam menulis azam, kerana kita tidak ada pelan tindakan yang tepat untuk mencapainya dengan cara yang fokus. Dengan bahasa lainnya azam baru memerlukan pemantauan dan post-mortem untuk memastikan impian yang dihajati terlaksana.
Pemantauan akan menjadikan azam baru anda sentiasa dalam perhatian. Anda akan sentiasa ‘alert’ apa yang perlu dilakukan setiap minggu, setiap bulan untuk mencapai langkah demi langkah. Post mortem pula menjadikan azam yang tidak dapat dicapai, diteliti semula dan dirancang kembali untuk tahun berikutnya.
Jadi seeloknya anda senaraikan sekarang apakah azam hanya tidak sempat anda capai pada tahun ini. Kemudian muhasabah balik bagaimana untuk mencapainya pada tahun hadapan. Perancangan pula perlukan jangka pendek dan jangka panjang dan juga ‘backup plan‘ untuk memastikan walau apa jua yang berlaku anda sudah bersedia untuk mencapai azam anda.
Azam baru tahun 2010
- Nak terbitkan dua buah buku motivasi
- Mudah-mudahan jadi ayah yang baik untuk anak sulong
- Mudah-mudahan gaji aku dinaikkan sampai RM3000
- Nak beli kamera dslr Nikon (RM2000)
- Nak sambung belajar ke tahap Master
- Target 300 entri menarik untuk blog Motivasi Kerja
- Bina modul latihan untuk syarikat sendiri pula (akan datang)
Harap-harap dapat capai sebahagian besar dari yang ditulis ini. Motivasi, bantuan dari sudut minda dan buah fikiran amat saya hargai dari anda semua. Amin.
30 comments - What do you think?
