Perjumpaan Lima Minit Setiap Pagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Setiap hari saya menghantar adik ipar saya yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi saya akan melalui kawasan kilang di Bandar Baru Bangi. Saya sering melihat beberapa buah kilang yang mengadakan sesi perhimpunan pagi selama 5-10 minit setiap pagi memberikan taklimat dan objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut. Pada satu ianya satu perkara yang sangat positif untuk diamalkan.
Saya bertanya pada diri mengapa di sektor perkhidmatan awam tidak diadakan pertemuan pagi seumpama itu? Sangat banyak faedahnya jika setiap hari sesi taklimat diadakan kepada semua pekerja.
- Setiap pekerja boleh terus melaporkan permsalahan kerja mereka.
- Pekerja diingatkan dengan fokus apa yang ingin dicapai pada hari tersebut.
- Penyelarasan dan pengemaskinian potensi pekerja diletakkan pada tempat yang betul.
- Pekerja lebih rapat dengan ketua.
- Proses kerja berlaku dengan fokus.
- Setiap kerja akan tahu peranan dan target mereka setiap hari.
- Organisasi tidak akan banyak masalah
Saya memandang alangkah baiknya kalau setiap organisasi dapat mempraktikkan lima minit penting ini untuk menyelaras kembali di samping menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan sebelum bertukar menjadi masalah besar yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.
2 comments - What do you think?
Jangan Hanya Fikir Untung
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dua hari lepas saya bawa isteri saya yang kurang sihat ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Telah masuk tiga bulan isteri saya mengalami alahan di bahagian hidung (jadi seperti kudis). Antara tanda-tanda lain, selsema dan batuk. Jadi saya pun segera bergegas ke klinik swasta yang berhampiran dengan rumah.
Apabila tiba klinik, selepas proses pendaftaran isteri saya menunggu giliran sambil ditemani oleh saya. Akhirnya tiba giliran isteri saya untuk masuk ke dalam. Selalunya saya akan turut masuk juga tetapi kerana adik saya juga datang menunggu saya, saya teruskan berborak sapai tak sedar dah tiba waktu untuk ambil ubat. Sewaktu ambil ubat saya tengok doktor hanya berikan ubat selsema,antibiotik dan juga Strepsils. Alasan doktor hidung berkudis kerana resdung, Strepsil kerana sakit tekak. Semuanya RM60. Sangat mengejutkan.
Pada saya wang bukanlah masalah besar. Cuma saya terkilan dengan cara doktor menjalankan pemeriksaan terhadap penyakit seseorang pesakit. Begitu mudah. Hanya bertanyakan sakit apa? Kita sebagai orang yang bukan pakar memberikan maklumat dari sudut pengetahuan kita, namun sebagai doktor perlulah diperiksa dengan teliti. Jangan hanya begitu mudah untuk memberikan ubat dan minta kami buat pembayaran. Dengan harga mahal pada hanya untuk ubat selesema, panadol dan juga Strepsil (nak tergelak pun ada, nak marah pun ada).
Paling terkilan kerana masuk untuk pemeriksaan tak sampai 5 minit. Seharusnya seorang doktor jangan ambil mudah untuk berikan pemeriksaan terbaik. Dengan masa pemeriksaan sebegitu bagaimana anda boleh membuat keputusan terhadap pesakit. Tunjukkan profesionalisme sebagai seorang doktor. Pada saya yang hanya berikan ubat tanpa melakukan pemeriksaan dengan teliti bukanlah seorang doktor yang profesional kerana anda menghilangkan kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.
12 comments - What do you think?
Mengubah Mind Setting
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad yang lepas saya menghantar adik ipar saya ke rumah sewanya di Gombak. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke Gombak sudah pasti saya akan melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) untuk ke Tol Sungai Besi. Sewaktu saya hampir ke tol, saya lihat banyak sekali kereta beratur di lorong tunai. Sekalipun ada lima atau enam lorong untuk tunai tetapi masih banyak kereta beratur untuk bayar tol.
Melihat keadaan kereta yang bersusun, saya terlihat lorong tunai berlapis masih lengang dan tidak ada kereta ke sana. Lantas terus memandu ke arah lorong tersebut dan membayar tol. Namun saya terfikir mengapa pemandu-pemandu kereta yang lain lebih rela berada di lorongan yang jem?
Selalunya perkara yang berulang-ulang kita lakukan maka secara tidak sedar ia sebenarnya menjadi kebiasaan kita. Kebiasaan inilah yang membuatkan anda sukar untuk menerima perubahan sekalipun anda ada peluang untuk berbuat demikian. Kebiasaan ini telah menjadi mind setting. Dan mengubah mind setting bukan tidak payah sebenarnya. Apa yang perlu anda buat ialah lakukan perkara di luar kebiasaan anda berfikir. Insya Allah lama kelamaan anda akan tidak terikat dengan mind setting anda. Bahkan anda akan lebih kreatif dalam berfikir.
Selalu yang berlaku, seperti contoh yang saya berikan di atas. Mind setting adakalanya boleh menjadi sebagai penghalang kepada cara berfikir. Di sinilah bahayanya jika mind setting tidak diubah. Setiap akal diberikan anugerah untuk berfikir. Malangnya cara berfikir dihalang oleh mind setting yang anda bentukkan sendiri.
6 comments - What do you think?
Layakkah Jadi Pengawal Keselamatan?
Tiga hari lepas saya menuju ke Bank Islam Cawangan Bandar Baru Bangi untuk withdraw sedikit duit. Apabila melangkah masuk ke bahagian ATM saya lihat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas, sambil menunggu dan melihat kelibat pelanggan-pelanggan yang berurusan di situ.
Sambil beratur untuk menunggu giliran saya di ATM, saya terfikirkan pengawal keselamatan yang sedang berdiri tersebut. Dengan keadaannya saya kira sudah pun melepas umur pencen, dengan wajahnya yang redup, badannya yang tidak lagi tegap bagaimana BIMB ini boleh mengambilnya sebagai pengawal keselamatan di situ. Dengan keadaan fizikalnya yang saya kira tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pengawal keselamatan yang cergas, dengan tugasnya yang berat untuk mengawal dan menjaga keselamatan bank tersebut.
Memadai ke risiko yang bakal dialaminya? Andai berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Apalah salahnya seorang pengawal keselamatan diletakkan seorang cergas, dan mempunyai ciri-ciri fizikal yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya kalau ada yang nak melakukan rompakan atau kekacauan, mereka akan fikir dua kali untuk itu. Kalau dilihat keadaan sekarang ini pengawal keselamatan yang berbadan tegap pun boleh mati ditembak perompak, bayangkanlah kalau pengawal keselamatan tersebut dah berumur dan lemah? Anda pun boleh fikir sendiri.
Apa yang menjadi perhatian saya, pengawal keselamatan ini bekerja di bawah syarikat mereka sendiri. Cuma bagi pihak pengurusan syarikat tersebut seharusnya lebih tahu untuk menempatkan pengawal keselamatan mengikut risiko yang bakal diterima. Saya rasa kalau pengawal keselamatan yang sudah berumur tidak hairanlah jika ditugaskan untuk mengawal di sekolah-sekolah atau di kawasan perumahan memandangkan risikonya lebih rendah berbanding di bank-bank.
20 comments - What do you think?

