Amalan Perubahan Diri (15)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Amalkan basmallah sebelum lakukan kerja
Tahukah anda bahawa dalam kehidupan kita sering mengabaikan perkara-perkara kecil yang sebenarnya memberikan kesan besar kepada perubahan diri. Kita lebih berminat membuat perubahan pada perkara yang besar tetapi akhirnya tidak berjaya. Mengapa? Kerana perkara kecil dalam kehidupan kita tinggalkan.
Jangan memandang remeh pada perubahan kecil. Contoh senang adakah setiap kerja atau perbuatan yang anda lakukan anda memulakan dengan menyebut nama Allah SWT? Saya percaya ada waktunya kita terlupa juga untuk menyebut basmallah dalam amal perbuatan kita. Perkara mudah tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan. Basmalah menjemput keberkatan pada setiap amalan yang dilakukan. Basmalah menjauhkan rezeki yang tidak halal.
Walaupun dengan hanya membaca basmalah tetapi kerja atau amal yang dilakukan meletakkannya dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Mudah-mudahan amalan kecil mampu membina perubahan kerja anda selepas ini.
Mulakan Kerja Dengan Bismillah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Lebaran buat semua. Alhamdulillah hari ini kita kembali bekerja seperti biasa setelah lama menghabiskan masa beraya bersama ahli keluarga, sahabat handai dan juga guru-guru. Bagaimana anda memulakan kerja hari ini? Sebenarnya kita selalu terlupa atau mungkin tidak mengambil berat tentang bagaimana memulakan kerja kita seharian. Selalunya apabila sampai di pejabat atau mungkin tempat anda bekerja, terus sahaja anda melakukan tugas-tugas harian anda sebagai pekerja.
Sepatutnya kita perlu mengamalkan setiap kali sebelum memulakan kerja dengan ‘Bismillah‘ atau Basmalah. Kerja adalah kita mencari rezeki di atas muka bumi Allah. Sudah tentu kita inginkan kerja kita diberkati Allah SWT. Kita juga mengharapkan berkat dalam rezeki yang kita perolehi. Bahkan dengan membaca basmalah ini secara tidak langsung kita memohon juga agar Allah SWT memberikan kemurahan rezeki kepada kita.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“In the name of God, most Gracious, most Compassionate”.
Mudah-mudahan kita sama-sama mengamalkan tip mudah ini. Semua orang pun tahu caranya cuma biasalah perkara yang remeh dan sudah kalau kita tidak amalkan bagaimana nak mulakan perkara-perkara yang lain. Tentu juga kita terlupa untuk memulakannya dengan Bismillah. Selamat bekerja dengan ceria!
