Ahlan Ya Ramadhan
Bismillah. “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan.”
Begitu cemburu masa dengan kita semua. Sedar atau tidak Ramadhan akan datang menemui kita lagi. Ahlan wahai bulan Ramadhan yang mulia. Bagai menghitung hari, bagai menanti jodoh kita sangat menanti-nanti kehadiran Ramadhan. Bukan kerana ada bazar Ramadhan,bukan kerana ada moreh, bukan juga kerana dapat makan-macam jenis kuih tetapi kerana ingin mendapatkan hubungan yang erat dengan Allah SWT.
Puasa dahulu baru fikir raya
Bila setiap kali masuk bulan Ramadhan selalunya tika tak nampak keberkatan bulan ini dengan pengisian ibadah tetapi nampak raya yang perlu diisi dengan perabot baru, lanskap baru, baju raya, duit raya dan lain-lain. Tahun ni janganlah diulangi benda yang sama jika Ramadhan kita tidak isikan dengan sebaik mungkin.
Fidyah bagi yang tak sempat puasa ganti
Bagi anda yang keuzuran dan belum melaksanakan puasa ganti masih ada ruang lagi untuk berpuasa. Jika tak sempat ganti semuanya jangan lupa bayar fidyah. Urus sebaik mungkin sebelum Ramadhan tiba beberapa hari lagi. :P
Tingkatkan stamina
Jangan ingat nak bersukan sahaja perlu ada stamina
. Nak buat ibadah juga perlukan stamina dan tahap kecergasan yang tinggi. Jaga makan akan membolehkan anda bangun pagi dengan mudah. Jangan terlepas sahur kerana sahur juga memberikan kekuatan kepada tubuh badan. Makan pada kadar patut bukan kadar nafsu. Palingpenting adalah untuk pecut di 10 malam terakhir Ramadhan :D
Pelan strategik Ramadhan
Ambil satu kertas buatlah jadual ringkas untuk pengisian bulan yang baik ini. Lengkapkan dengan teratur ibadah dan dunia. Berapa target untuk faham surah-surah dalam Al-Quran, solat tahajjud, hadiri bengkel-bengkel ilmu, dan senarai pendekkan apakah keperluan yang dikehendaki untuk mengisi aktiviti-aktiviti Ramadhan dengan sempurna dan tenang.
Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Semoga Allah jauhi api neraka dari kita semua. Amin
Servis Atau Sedap?
Jika anda ingin makan di kedai makan atau restoran, warung dan gerai, yang manakah anda utamakan? Servis pantas atau makanan sedap? Ini adalah persoalan yang selalu bermain di kotak fikiran kita setiap kali kita ingin makan di luar. Menunjukkan kepada kita bahawa dua kriteria penting yang perlu kita ambil perhatian. Susah kita nak jumpa tempat makan yang mempunyai dua kriteria ini. Dan yang selalu berlaku, jika servisnya pantas makanannya pula tak sedap atau jika makanannya ok servisnya pula lambat.
Apa yang ingin saya fokuskan bahawa dalam perniagaan makanan, peniaga-peniaga kita masih banyak tidak mengambil berat dua perkara yang sangat penting ini. Kebanyakan peniaga-peniaga hanya sekadar berniaga makanan untuk mendapat untuk tanpa memberikan hak-hak pengguna yang mengeluarkan sejumlah wang untuk makanan yang mereka bayar.
Jika anda ingin membuka perniagaan makanan sama ada anda ingin menual kuih-muih atau mungkin restoran anda perlu ingat bahawa perniagaan anda tidak akan dapat bertahan lama jika anda tiada dua kriteria penting ini. Kedai anda mungkin hanya bertahan dalam tempoh 3-6 bulan sahaja. Kita lihat mengapa kedai mamak begitu ramai dikunjungi? Sudah pasti jika anda pernah makan di kedai mamak anda dapat lihat bagaimana servis di kedai mereka? Kurang dari 10 minit anda sudah dapat menu yang anda minta. Tak perlu tunggu begitu lama.
Bayangkan pula jika anda sedang lapar dan anda pergi ke sebuah restoran yang perkhidmatannya lembab. Sudahlah lambat kemudian makanan yang anda terima lain dengan apa yang anda pesan. Saya pasti sudah tentu rasa tidak puas hati memuncak dalam diri anda.
Tetapi perkhidmatan sahaja belum cukup, rasa amat penting jika anda seorang peniaga. Jangan pula mee sup rasanya macam tomyam. Sudah pasti kedai makan sebegini tidak akan dikunjungi oleh pelanggan. Anda kena pastikan bahawa anda tahu memasak dengan baik di samping cekap dalam mengambil pesanan dari pelanggan.
Selalu yang berlaku di kedai makan juga, banyak pesanan makanan diambil main ikut ingat sahaja. Tak tulis. Sekalipun anda mungkin seorang yang pro, sebagai prosedur anda perlu tulis setiap pesanan yang diminta barulah kesilapan dapat dikurangkan. Pada pandangan saya kesilapan seumpama ini sememangnya menimbulkan rasa tidak puas hati sebagai pelanggan. Perlu ingat bahawa setiap pelanggan adalah raja dan mereka perlu diberikan yang terbaik dengan wang yang dibelanjakan.
Saya rasa anda semua tidak berkira sangat dengan makanan yang agak mahal jika servisnya bagus dan makanannya sedap atau paling kurang pun ‘boleh tahanlah’. Sebab kepuasan pelanggan ialah dapat menikmati makanan mereka dengan selera dan tenang. Apa yang menarik hati saya untuk menulis tentang perkara ini apabila melihat peniaga-peniaga di bazar Ramadhan yang lepas terlalu mengambil mudah tentang perkara ini. Bila harga makanan yang mahal dengan rasa yang tak seberapa anda sendiri tentu ada jawapannya!
Apa pandangan anda pula?

