Posts tagged "bekerja sendiri"

Monday Blues Syndrom (1)

Pernahkah anda rasa seperti ini? Tak nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, tension jalan yang sesak lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa laluinya pada hari ISNIN. Bagi anda yang bekerja di bawah majikan pastinya sindrom ini setiap minggu berulang-ulang dalam hidup anda bukan.

Mengapa membenci ISNIN? Dalam Islam hari Isnin adalah hari yang baik. Jadi ianya adalah permulaan  minggu baru yang sangat baik. Bermula hari bekerja bermakna anda mula berusaha untuk mendapat rezeki bagi menampung hidup dan juga menanggung keluarga. Maknanya anda mempunyai MATLAMAT yang jelas setiap hari ke tempat kerja.

Kerja hanya kerana nak gaji

Selalunya sindrom ini berlaku pada mereka yang TIDAK JELAS dengan MATLAMAT kerjaya mereka. Oleh kerana itu setiap hari mereka hanya menghitung bilakah hari berikutnya untuk mereka mendapat gaji. Jika setiap hari hanya mengharapkan sesuatu dari orang lain (majikan) tanpa memikirkan untuk memberi (komitmen kerja) maknanya kita tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan majikan.

Semua orang kerja perlukan upah, tetapi upah perlu diberi berdasarkan komitmen anda terhadap kerja. Sebagai contoh jika gaji anda RM2000.00 sebulan dibahagikan dengan jumlah hari anda bekerja, bermakna upah harian anda ialah RM100. Wow! Besar tu. Untuk mendapatkan sejumlah itu adakah layak anda menerimanya jika anda hanya melayan hari-hari kerja anda dengan komitmen yang sambil lewa, tidak bersemangat, menghabiskan masa dengan main solitaire atau menghabiskan sebahagian besar masa di cafe dan bersembang bersama kawan-kawan?

Jawapannya pasti TIDAK. Sebagai pekerja kita selalu melihat dari aspek diri kita. Jarang sekali kita melihat dari aspek majikan. Inilah bezanya bila anda bekerja sendiri. Diri sendiri tidak layak diberikan upah jika hanya berdiam diri melayan blues setiap hari. Mulut perlu disuap, perut pula perlu diisi. Dan yang lebih penting semuanya dicari sendiri.

Beruntunglah anda kerana sudah ada upah bulanan yang menanti. Hanya perlu jalankan apa yang dikehendaki oleh majikan anda sahaja. Anda tidak perlu keluar banyak kos untuk upah tersebut. Pastikan matlamat kerja anda setiap hari diselesaikan sebaik mungkin. Dalam istilah kamus hidup tiada ruang yang mudah untuk dapat DUIT. Segalanya akan berhadapan dengan pelbagai risiko. Pepatah yang baik; “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Be the first to comment - What do you think?

Bekerja Ibarat Membuat Rumah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

sekadar gambar hiasan

Sejak saya bekerja sendiri sekarang saya sering berjumpa dengan orang-orang di luar sana yang dapat merangsang jiwa dan minda saya. Sebab itu nilai kerja tidak boleh dinilai hanya pada wang ringgit. “Bekerja ibarat anda sedang membina sebuah rumah, kerana itulah kerja menjadi satu kemuliaan kepada diri anda.” Saya begitu termotivasi apabila ada seorang sahabat yang mengatakannya kepada saya.

Setiap hari anda perlu siapkan rumah anda walaupun sedikit demi sedikit. Bagi anda yang bekerja di bawah orang lain pasti tidak merasakan perasaan seumpama ini. Setiap hari perlu ada usaha yang kental dan gigih untuk menyiapkan rumah untuk anda. Jika anda tidak fokus pasti rumah anda tidak siap dan bagaimana pula anda ingin memberi perlindungan kepada keluarga khususnya.

Bagaimana rumah yang anda kehendaki pasti anda akan berusaha ke arah itu. Rekaannya, binaanya, lokasinya, saiznya, atau aksesorinya adalah anda yang tentukan sepenuhnya. Tetapi bila ditanya pada diri pastinya kita ingin menyiapkan rumah yang terbaik untuk keluarga dan diri sendiri kerana selain dari nilai duit di dalamnya paling penting adalah nilai usaha dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Be the first to comment - What do you think?

Try And Error

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda pasti pernah mendengar perkataan ini bukan? Sejak saya bekerja sendiri, saya merasakan istilah ini amat dekat dengan diri saya. Bekerja dengan syarikat sendiri sememangnya memberikan saya waktu penuh untuk mempelajari selok belok dalam perniagaan sama ada membina sistem pengurusan sendiri, kaedah memasarkan produk, membentuk jaringan perniagaan dan juga perkara-perkara yang lain.

Apabila menempuh dunia baru pastinya anda akan berdepan dengan masalah baru dan juga persekitaran kerja yang baru. Anda akan mencuba untuk menyelesaikannya dengan kemampuan anda sendiri. Seronoknya anda mula mendapat pengalaman baru sekalipun keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat atau tersasar jauh. Namun dari kesilapan akan membentuk pengalaman berharga dalam diri.

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang anda rasakan betul kerana di situ anda akan menggunakan sepenuhnya kreativiti dan inovasi yang anda ada. Tetapi sekiranya anda tidak berjaya dalam percubaan tersebut anda bersedia menerima risiko dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Sebenarnya jika anda teliti mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan semuanya menggunakan kaedah try and error, walaupun gagal untuk banyak kali akhirnya mereka akan menemui cara untuk membina jalan yang berjaya dan unik.

1 comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline