Posts tagged "Berita Harian"

Tiada Istilah Hari Kekasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya memetik sedikit dari Berita Harian hari ini berkenaan Hari Kekasih oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.

“Kita tidak boleh ukur sambutan ini kecil-kecilan atau besar-besaran atau untuk suka-suka kerana semuanya mampu mengundang kepada gejala maksiat.

INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan

  • Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih.
  • Sambutan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
  • Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur agama Kristian.
  • Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
  • Apa yang mampu saya katakan, bukan mudah sebahagian pihak menerima hakikat ini lebih-lebihlagi mereka yang sedang menghadapi krisis cinta yang bukan dari medan agama yang sebenarnya. Budaya Barat lebih indah dipandang pada nilaian mata anak muda berbanding syariat Islam yang mampu menjaga batas pergaulan dan keturunan.

    Tidak salah untuk anda bercinta jika kena caranya, tetapi jika istilah Hari Kekasih menjadi rujukan untuk melakukan hubungan intim dan menghilangkah mahkota diri pasti ianya jauh menyimpang dari agama dan adat. No more Valentine’s Day.

    Be the first to comment - What do you think?

    Tranformasi Peruncit

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Dalam Berita Harian hari ini ada menyebut tentang satu topik yang bakal mengubah anda yang bergelar peruncit kerana kerajaan menyasarkan pemodenan operasi 5000 peniaga runcit di seluruh negara. Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pastinya berita gembira buat peruncit untuk menaiktaraf kepada tahap yang lebih baik.

    Manfaat Tranformasi Kedai Runcit (TUKAR)

    • Jika anda seorang peruncit ingin menaiktaraf perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum layak untuk memohon bantuan dari Bank Rakyat berjumlah antara RM20,000 – RM50,000.
    • Mendapat perundingan selama tiga bulan dari pengusaha pasaraya besar di Malaysia seperti Mydin, Carrefour dan Tesco.
    • Dapat meningkatkan kecekapan dan menambahbaik dari aspek operasi harian seperti perkhidmatan pelanggan, pengurusan, pengendalian akaun dan perhubungan pelanggan.
    • Dapat membina persaingan perniagaan dalam kapasiti yang lebih luas dan besar.

    1 comment - What do you think?

    Kurangkan Pekerja Warga Asing

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Dalam akhbar Berita Harian hari ini saya melihat kerajaan mengambil tindakan mengurangkan pekerja asing untuk menguatkan sektor awam di negara ini. Saya pernah memberikan respon tentang isu ini dalam posting Dilema Pekerja Asing yang lalu untuk membayangkan bahawa sepatutnya sudah lama kerajaan Malaysia memikirkan penyelesaian ini.

    Jumlah pekerja warga asing yang berdaftar di negara ini menjangkau 1.8 juta, bukanlah satu angka yang kecil jika kerajaan memikirkan masa hadapan negara. Membina transformasi dalam sektor awam seharusnya membina perancangan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pekerja di sektor awam, supaya kualitinya bukan sekadar dilihat pada perancangan kertas sahaja. Walau bagaimanapun langkah awal untuk mengurangkan pekerja warga asing adalah permulaan yang baik.

    Pekerja warga asing sebenarnya juga memberikan kesan positif kepada sektor perkhidmatan dan produktiviti negara, namun dominasi mereka dalam semua lapangan kerjaya pastinya membantutkan potensi tenaga kerja di negara ini. Tenaga pakar dari luar masih diperlukan untuk mencetuskan inspirasi dan inovasi warga kerja Malaysia dalam aspek-aspek tertentu.

    5 comments - What do you think?

    Pesara Dan Kakitangan Awam Dapat Duit Raya

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Anda yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan mungkin menarik nafas lega kerana dapat duit raya RM500 pada tahun ini. Pasti sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan raya. Begitu juga dengan pesara diberikan sejumlah yang sama.

    Menurut Berita Harian semalam kerajaan berjanji memberikan duit raya sebelum 1 Syawal kepada 590,000 kakitangan awam dan pesara dengan peruntukkan sebanyak RM934.6 juta. Terima kasih kepada kerajaan yang memberi.

    Namun hati kecil saya juga masih tertanya alangkah baiknya jika peruntukkan yang seumpama ini besarnya diberikan juga kepada semua golongan fakir miskin seluruh negara. Rasanya mereka lebih memerlukan dari kita semua memandangkan kehidupan mereka jauh tidak sempurna. Kakitangan awam dan pesara alhamdulillah mempunyai wang bulanan yang dapat membantu tetapi mereka belum tentu dapat seumpama kita. Rasanya keutamaan lebih kepada mereka.

    Be the first to comment - What do you think?

    Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
    SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline