Menulis Buku Sebagai Kerjaya
Posted by admin | Posted in Info Kerjaya, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 08-09-2009
3

Hari ini menulis buku bukan sekadar hobi atau mengisi kekosongan masa sahaja. Jika anda berkomitmen dalam menulis sudah tentu anda boleh menjadikannya sebagai kerjaya profesional. Lihat sahaja sekarang ini begitu ramai penulis-penulis baru yang menonjolkan hasil idea mereka dalam penulisan. Lebih-lebih lagi menulis buku-buku motivasi, pengurusan kerja, pendidikan keluarga sebagai pembakar semangat manusia.
Banyak perkara yang boleh anda tuliskan. Kalau anda melihat buku-buku di pasaran pelbagai hasil tulisan yang menarik dijual. Ada yang menulis tentang pengalaman diri sendiri, novel-novel cinta, kisah-kisah kejayaan orang lain atau apa sahaja yang anda rasakan anda boleh menulis mengenainya.
Yang paling penting anda kreatif dalam menyampaikan idea dalam penulisan. Dengan erti kata lainnya anda dapat memilih tajuk-tajuk yang ingin dibaca oleh pembaca-pembaca di luar sana. Tahukah anda purata kekerapan rakyat Malaysia membaca sangat sedikit iaitu 2 buah buku sahaja dalam setahun. Bayangkanlah..mungkin bahan bacaan di negara kita belum cukup menarik untuk mengubah minda rakyat Malaysia suka membaca.
Bermakna anda masih berpeluang mencipta kerjaya hebat melalui penulisan. Jangan biarkan idea anda terbuang begitu sahaja. Bidang penulisan buku tidak memerlukan modal kerana syarikat-syarikat penerbitan buku amat menggalakkan anda menampilkan idea-idea baik anda dalam penulisan. Bahkan mereka akan membantu anda memasarkan buku yang anda tulis. Apa yang penting anda menggunakan idea kreatif anda untuk menulis buku-buku yang menjadi idaman pembaca.
Jangan tunggu lama untuk anda meletakkan nama anda sebagai penulis “Best Seller Books“. Anda boleh mulakan sekarang kerana idea anda mungkin bakal dikomersialkan.



