Posts tagged "bidang kejururawatan"

Tip-Tip Temuduga Jawatan Jururawat

[Tip ni eksklusif dari seorang jururawat]

Assalamualaikum adik adik bakal jururawat. Tahniah kerana terpilih untuk pergi temuduga.

Akak dah jadi jururawat selama 13 tahun dan sekarang dah pun jadi orang penting dalam bidang kejururawatan di dalam organisasi. Tiada siapa yang akan majukan kita kalau bukan diri kita sendiri.

Untuk pergi temuduga, penampilan juga diambil kira. Jika kita pakai yang “menjolok mata”, rambut kusut masai, macam mana bila kerja nanti akan mewakili imej kejururawatan kita.

Tutur kata, intonasi, sentiasa tersenyum, jawap penuh yakin dan berpengetahuan. Itu kuncinya. Jangan lupa hafal nama semua menteri kesihatan, mesti tahu isu-isu kesihatan terkini seperti denggi, SARS, dan penyakit-penyakit berjangkit. Semua akan ditanya. Soalan wajib selalu ditanya ialah “Kenapa anda memilih untuk menjadi seorang jururawat?” Jangan jawab kerana gaji atau mak suruh. Sebaliknya jawablah kerana minat yang mendalam di dalam bidang kejururawatan, ingin bantu orang sakit, dan yang penting sekali cakaplah jadi jururawat pun boleh belajar sampai Phd (macam akak sekarang baru master).

Tips lain, jangan jawap kalau orang tak tanya soalan. Jangan merepek-repek. Bacalah al-Quran dan berdoa banyak-banyak supaya adik-adik terpilih. Adik-adik jadi jururawat bukan perkara main-main. Perluka kekuatan mental dan fizikal. Hanya insan yang dipilih Allah sahaja akan menjadi jururawat kerana jururawat berhati yang sangat mulia kerana menumpahkan kasih sayangnya terhadap pesakit yang tidak dikenali. Selamat berjaya adik-adik. Boleh email akak kalau nak motivasi lebih ok. motivasi-kerja.com/wp-content/plugins/smilies-themer/Nomicons%20v2.0/grin.png" alt=":biggrin:" />

Noraini
noraini@hotmail.com

 

7 comments - What do you think?

Jururawat Lelaki vs Jururawat Wanita

Tiada lagi istilah prejudis pada hari ini kerana kebanyakkan dalam apa jua lapangan kerjaya pastinya lelaki dan wanita akan bersaing untuk mendapat peluang yang terhidang. Jururawat sinonim dengan kaum hawa kerana watak kesabaran dan kelembutan ada pada mereka. Namun hari ini ianya bukan lagi milik ekslusif kaum wanita sahaja kerana lelaki telah mula menceburi bidang kerjaya ini.

Sama ada jururawat lelaki atau wanita yang lebih hebat itu bukanlah perkara pokok yang perlu dibincangkan. Wanita diperlukan kerana untuk menjaga kemaslahatan pesakit wanita di samping naluri wanita yang lebih dominan dalam menjaga dengan penuh kasih sayang terhadap pesakit. Lelaki pula sangat diperlukan dalam bidang kejururawatan kerana mereka bukan sahaja mempunyai tenaga yang berbeza dengan wanita bahkan lelaki lebih rasional dalam membantu dalam situasi yang genting dan kritikal. Sebagai contoh, tugas mengangkat pesakit, keberanian menghadapi kecemasan kritikal dan membantu dalam sesi pembedahan dalam waktu panjang. Semua tugas ini lebih praktikal dilakukan lelaki oleh jururawat lelaki.

Apa yang pasti kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan kelembutan yang ada pada wanita sekiranya digembleng secara bersama, tentunya akan memberi banyak manfaat kepada doktor dan pesakit. Proses merawat dan menjaga pesakit akan jadi lebih mudah dan cekap.

Pandangan peribadi saya bagi anda yang ingin menceburi bidang kejururawatan, jangan hanya melihat bidang kerjaya sebagai kerjaya yang glamour kerana bidang kerjanya penuh berisiko. Menyelamatkan nyawa dan menjaga pesakit bukanlah kerja yang boleh main-main. Ianya memerlukan keikhlasan dan komitmen yang sangat tinggi di samping perlu sentiasa mempamerkan kasih sayang kepada setiap pesakit.

 

2 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline