Selamat Tahun Baru 2010

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 02-01-2010

9

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Tahun Baru untuk anda semua yang menjadi sahabat saya di blog ini. Walaupun sudah masuk hari kedua tahun baru rasanya tidak lewat lagi untuk saya mengucapkan Happy New Year pada anda semua. Saya pasti ramai yang menulis ucapan selamat ini pada teman-teman. Sms sudah pasti memenuhi inbox telefon bimbit kesayangan anda.

Malam ini dalan Buletin Utama, pelbagai insiden mencemarkan pandangan mata dan halwa telinga tentang gejala maksiat sempena malam tahun baru. Seakan berita sebegini sedikit mengguris hati kita semua. Mengapa tahun baru dicemari dengan gejala maksiat yang mencemarkan nama baik negara. Seumur hidup saya, belum pernah melihat bunga api yang berkilauan di udara ketika detik 12 malam. Hati ini sememangnya ingin juga sekali melihat perkara seumpama itu.

Namun ada juga bisikan hati mengatakan bimbang dan takut juga jika di dalam kegembiraan yang melalaikan itu Allah berikan ujian dengan perkara yang tidak diingini. Banyak kali saya melihat di youtube.com malapetaka yang Allah turunkan ketika pesta seumpama itu berlangsung. Nauzubillah. Saya tidak mengatakan kepada anda semua jangan pergi ke sambutan seperti itu, cuma beringatlah. Di sebalik kegembiraan pasti ada dukanya.

Tahun baru datang dan pergi. Apa pengisian yang anda ingin lakukan. Sahabat saya pernah bertanya kepada saya “Perlukah ada azam baru? Mengapa tunggu tahun baru baru nak buat azam?” Pada saya soalan ini mencabar minda dan emosi saya.

Ramai orang memperlekehkan azam baru. Sekadar azam memang tidak akan membawa apa-apa erti. Tetapi hidup tanpa azam rasanya lebih seksa untuk diterima. Ibarat anda tidak tahu apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Bahkan anda meletakkan kehidupan anda lebih selesa berlalu begitu sahaja tanpa anda apa-apa perubahan. Pedih bukan? Fikirkanlah..

Tidak semestinya tahun baru untuk anda meletakkan azam. Cuma kebiasaannya manusia ingin meletakkan sebab kepada sesuatu yang ingin dicapai, sebab ingin berubah dab sebagainya. Maka tahun baru adalah sebahagiaan sebab kepada titik tolak membina anjakan pradigma dalam kehidupannya. Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semua, tahun baru akan mulakan langkahnya dan kita juga perlu seiring langkah bersamanya baik dari sudut diri, amal ibadah, kerjaya dan juga impian agar kita menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat.

Trajedi Oktober – Ambillah Yang Positif!

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Umum | Posted on 04-11-2009

9

Assalamualaikum Warahmatullahi Warakatuh

Dalam bulan Oktober ni banyak perkara-perkara aneh yang berlaku. Baik dalam negara kita Malaysia mahupun luar negara.

gempa-bumiIktibar Al-Quran Gempa Bumi Padang
Bermula dengan gempa bumi Padang yang mengorbankan lebih 1000 nyawa begitu menyayat hati. Tiga gempa bumi yang berlaku dengan 3 waktu yang berbeza memberikan ruang kepada ramai orang membuat penelitian dan kajian tentang bagaimana gempa bumi yang hebat sebegitu boleh berlaku. Sehinggakan ada yang pernah saya baca di satu blog, waktu yang berlaku itu ada kaitannya dengan surah di dalam Al-Quran. Dan apabila saya melihat maksud ayat tersebut saya dapat merasakan ada kebenarannya juga.

Tulisan Al-Quran pada kulit bayiali-yakubov
Di Moscow lain pula yang berlaku. Seorang bayi yang berusia 9 bulan di Wilayah Dagestan tiba-tiba menjadi popular apabila di badannya ada tulisan-tulisan Al-Quran. Ali Yakubov yang pernah menghidap sakit jantung dan penyakit berkaitan otak, akhirnya pulih sepenuhnya sejak Ali menerima ayat-ayat Al-Quran tersebut. Fenomena ini saya ajaib kerana berkemungkinan orang dapat menuliskannya memandangkan tulisan tersebut bertukar pada hari Isnin dan Jumaat. Ali juga mengalami demam panas dan tidak dapat tidur sepanjang malam sebelum keluarnya ayat tersebut. Maka kerana fenomena ajaib ini Majlis Mufti Russia sepakat bahawa fenomena ini adalah amaran dari Allah SWT.
Rujuk IzoBlog.Com untuk berita penuh.

Sejadah berdiri
Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga masuk dalam Buletin Utama tentang sejadah berdiri. Banyak kenyataan dan logiknya tersendiri. Kalau perbuatan manusia pun mungkin memandangkan sejadah sebegitu sudah tentu mampu didirikan oleh manusia. Andai perbuatan syaitan untuk menyesatkan manusia pun mungkin. Dan jika itu sebagai satu amaran dari Allah SWT agar kita mendekatkan diri kepadanya pun tidak mustahil.

Lingkaran merah kelilingi matahari
Kejadian yang baru masuk Harian Metro pada 30/10/09 yang berlaku di Ipoh kelmarin juga memberikan gambaran pelik pada kita kerana jarang-jarang berlaku. Fenomena ini juga menimbulkan tanda tanya ramai yang melihat. Lingkaran cahaya merah yang mengelilingi cahaya matahari 1 jam 30 (11.00 pagi – 12.30 tengah hari) sudah tentu bukan perbuatan manusia.

Beberapa trajedi ini saya kumpulkan untuk kita sama-sama fikirkan. Saya tidak mengatakan dengan yakin bahawa ini adalah tanda-tanda tertentu. Namun sebagai umat Islam yang meyakini adanya Allah SWT, adanya kuasa Tuhan, adanya hari akhirat eloklah kita mengambil pandangan positif sebagai bentuk muhasabah diri sendiri. Jika benar Allah nak tunjukkan sesuatu, eloklah kita beramal dan bertaubat sekarang. Andai itu sebagai kejadian alam, ketahuilah Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Mudah-mudahan trajedi Oktober ini menjadi titik tolak untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

Pembantu Rumah Dera Anak Majikan

Posted by admin | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 01-11-2009

5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

pembantu-rumahDua hari lepas dalam Buletin Utama TV3 mewartakan tentang pembantu rumah yang mendera dua orang anak majikannya sebelum melarikan diri. Kes seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku di negara kita. Hati saya ingin sekali menulis tentang masalah ini memandangkan pembantu rumah pada hari ini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Jika anda search di Google.com sahaja, anda akan lihat begitu banyak kisah-kisah yang menceritakan tentang isu ini.

Mengapa terjadi perkara seumpama ini? Adakah kerana hilang nilai kemanusiaan dalam diri pembantu rumah? Isu ini menjadi sebahagiaan daripada masalah negara pada hari ini. Banyak sebab yang membawa kepada berlakunya kes seumpama ini.

Niat sebenar pembantu rumah

Kita semua tidak dapat membaca niat seseorang. Mungkin bagi sesetengah pembantu rumah beranggapan pembantu rumah kerjanya hanya mengemas, membasuh dan memasak sahaja. Tidak terfikir di minda mereka untuk menjaga anak kecil. Jadi mereka tidak mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran menjaga anak-anak, lantas mengambil mudah apabila panas baran tiba, mereka boleh menghentam anak majikan sesuka hati.

Majikan tidak berhati perut

Ramai orang hanya menyalahkan pembantu rumah apabila berlaku kes-kes begini. Namun perlu diingat, berkemungkinan juga apa yang telah dilakukan oleh majikan juga boleh menyebabkan pembantu rumah untuk bertindak di luar kawalan diri. Bekerja dengan majikan yang tidak tahu menilai manusia juga akan memberikan tekanan kepada pekerja. Akhir sekali kerana tidak tahan asyik dimarahi oleh majikan, maka anak majikan yang akan dijadikan mangsa.

Kurang kemahiran sebagai pembantu rumah

Nak jadi pembantu rumah bukan mudah. Jika seorang isteri bekerja selama 24 jam sehari di rumah, maka itulah juga tugasnya sebagai seorang pembantu rumah. Kerja yang berat sudah tentu memerlukan kemahiran fizikal, mental dan emosi yang tinggi. Kurang kemahiran boleh menyebabkan pembantu rumah hilang disiplin dan etika kerja.

Gaji tidak berbaloi

Mungkin ini adalah sebab yang kecil bagi sebahagian orang. Tetapi jika kerja 24jam sehari dengan gaji antara RM500-RM600 sedikit sebanyak memberikan kesukaran untuk menghadapi taraf hidup hari ini yang semakin meningkat. Desakan kemelesetan ekonomi juga menjadikan tekanan ini semakin berat. Lantas bila gaji rendah, maka hati akan banyak berkira. Padahnya anak majikan juga menjadi mangsa dera ataupun barang-barang rumah yang dikebas dan dibawa lari.