Posts tagged "caruman kwsp"

Kemudahan-Kemudahan Sebagai Penjawat Awam

  • Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

  • Cost of living allowance (COLA)

Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

  • Kenaikan gaji setiap tahun

Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

  • Cuti tahunan mengikut kelayakan

Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

  • Cuti bersalin

Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

  • Pinjaman perumahan

Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.

  • Caruman KWSP atau pencen

Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

  • Bersara pada umur 58 tahun

Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

  • Peluang kenaikan pangkat

Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

  • Peluang melanjutkan pelajaran

Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya. Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini. Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Jadi kepada mereka yang ingin mendapatkan info-info berkenaan kerja-kerja kosong boleh ziarah blog Myadha.

5 comments - What do you think?

Majikan Gagal Carum KWSP

kwspDalam berita semalam pihak berwajib akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada majikan yang gagal membuat caruman KWSP kepada pekerja. Sesuatu yang perlu dipandang serius tentang perkara ini. Menunjukkan bahawa begitu banyak majikan yang tidak mengambil berat soal pekerja dan masa hadapan pekerja. Bayangkanlah jika pekerja di sektor swasta dan juga syarikat-syarikat kecil yang menghabiskan masa dan hidup mereka untuk bekerja tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa di waktu tua mereka.

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Apabila anda menyimpan 11 peratus daripada pendapatan anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12 peratus lagi. Jumlah 12 peratus yang dibayar oleh majikan anda itu adalah untuk faedah persaraan anda iaitu apabila anda telah tidak berupaya untuk bekerja lagi. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan faedah persaraan yang disediakan oleh majikan anda.

Syarat majikan perlu mencarum untuk pekerja mereka akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka. Semoga lepas ini pihak majikan lebih peka tenteng hak pekerja-pekerja mereka. Jangan menganggap bahawa usaha mereka habis begitu sahaja. Jika dinilai dengan keikhlasan titik peluh mereka, caruman KWSP pun tak memadai. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah sebahagian penghargaan untuk diri mereka yang bergelar pekerja.

Dan sebagai pekerja caruman KWSP adalah hak anda. Jadi jika majikan anda sekarang masih tidak mengambil endah tentang perkara ini anda boleh melaporkan pada pihak-pihak berwajib agar majikan anda lebih perihatin terhadap anda sebagai pekerja.

Sebagai pekerja, anda juga wajib mencarum dengan KWSP di bawah Undang-Undang KWSP, yang bertujuanĀ  melindungi kepentingan anda setelah bersara.

Apabila tiada punca pendapatan atau wang simpanan, simpanan KWSP akan sekurang-kurangnya memberi jaminan kewangan bagi anda setelah tidak lagi bekerja. Dengan simpanan yang mencukupi, anda akan dapat menikmati alam persaraan dengan selesa dan tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk bantuan kewangan.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline