Posts tagged "Google.com"

Memiliki Kualiti Diri (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apabila anda search di Google.Com anda akan lihat ada 2,270,000 carian tentang potensi diri berbanding 626,000 carian untuk kualiti diri. Apa yang anda fikirkan? Saya terfikir bahawa orang ramai hanya ingin mengenali potensi diri tetapi tidak terfikir untuk membina kualiti diri. Potensi diri sahaja belum tentu dapat menjadikan anda seorang yang berkualiti jika anda hanya tahu potensi diri tetapi tidak tahu menggunakannya. Dalam artikel ini saya ingin mengajak anda semua kita membina kualiti diri dari beberapa aspek yang penting.

Pertama: Kualiti Iman

Wow! anda pasti terkejut. Sama ada terkejut atau sebaliknya sedarilah hakikat sebenar kita akan dihitung oleh Allah apa jua yang kita lakukan. Justeru kualitikan diri anda dengan perkara asa terlebih dahulu. Keimanan kepada Allah Subhanu Wataala adalah pegangan utama antara kita dengan pencipta. Sejauh mana keyakinan tehadapNya, itulah menjadi punca hidup anda berkualiti. Di dunia mungkin keimanan tidak menjadi kayu ukur kualiti diri bagi sesetengah manusia, namun sebagai mukmin kita perlu percaya bahawa nilai dan martabat kita akan dipandang tinggi oleh Allah apabila kita hidup berlandaskan apa yang dikehendaki olehNya.

Apabila berpegang teguh di atas jalan Allah, ada dua perkara utama yang wajib dilihat iaitu melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah Subhanahu Wataala. Anda selalu membacanya di dalam mana-mana buku dan di blog saya juga anda terus membaca dan menghafalnya. Adakah dua perkara ini sudah memadai untuk tingkatkan kualiti iman kita? Saya tidak mengatakan memadai, tetapi ianya adalah perkara paling asas untuk anda lakukan supaya anda tidak jauh menyimpang dari jalan yang lurus sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fatihah – ayat 7:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. “

Seterusnya anda perlu lakukan perkara-perkara kebaikan yang lain yang melibatkan hubungan manusia dengan Allah seperti ibadah dan juga hubungan manusia sesama manusia dalam muamalat dan sebagainya.

5 comments - What do you think?

Pembantu Rumah Dera Anak Majikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

pembantu-rumahDua hari lepas dalam Buletin Utama TV3 mewartakan tentang pembantu rumah yang mendera dua orang anak majikannya sebelum melarikan diri. Kes seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku di negara kita. Hati saya ingin sekali menulis tentang masalah ini memandangkan pembantu rumah pada hari ini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Jika anda search di Google.com sahaja, anda akan lihat begitu banyak kisah-kisah yang menceritakan tentang isu ini.

Mengapa terjadi perkara seumpama ini? Adakah kerana hilang nilai kemanusiaan dalam diri pembantu rumah? Isu ini menjadi sebahagiaan daripada masalah negara pada hari ini. Banyak sebab yang membawa kepada berlakunya kes seumpama ini.

Niat sebenar pembantu rumah

Kita semua tidak dapat membaca niat seseorang. Mungkin bagi sesetengah pembantu rumah beranggapan pembantu rumah kerjanya hanya mengemas, membasuh dan memasak sahaja. Tidak terfikir di minda mereka untuk menjaga anak kecil. Jadi mereka tidak mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran menjaga anak-anak, lantas mengambil mudah apabila panas baran tiba, mereka boleh menghentam anak majikan sesuka hati.

Majikan tidak berhati perut

Ramai orang hanya menyalahkan pembantu rumah apabila berlaku kes-kes begini. Namun perlu diingat, berkemungkinan juga apa yang telah dilakukan oleh majikan juga boleh menyebabkan pembantu rumah untuk bertindak di luar kawalan diri. Bekerja dengan majikan yang tidak tahu menilai manusia juga akan memberikan tekanan kepada pekerja. Akhir sekali kerana tidak tahan asyik dimarahi oleh majikan, maka anak majikan yang akan dijadikan mangsa.

Kurang kemahiran sebagai pembantu rumah

Nak jadi pembantu rumah bukan mudah. Jika seorang isteri bekerja selama 24 jam sehari di rumah, maka itulah juga tugasnya sebagai seorang pembantu rumah. Kerja yang berat sudah tentu memerlukan kemahiran fizikal, mental dan emosi yang tinggi. Kurang kemahiran boleh menyebabkan pembantu rumah hilang disiplin dan etika kerja.

Gaji tidak berbaloi

Mungkin ini adalah sebab yang kecil bagi sebahagian orang. Tetapi jika kerja 24jam sehari dengan gaji antara RM500-RM600 sedikit sebanyak memberikan kesukaran untuk menghadapi taraf hidup hari ini yang semakin meningkat. Desakan kemelesetan ekonomi juga menjadikan tekanan ini semakin berat. Lantas bila gaji rendah, maka hati akan banyak berkira. Padahnya anak majikan juga menjadi mangsa dera ataupun barang-barang rumah yang dikebas dan dibawa lari.

5 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline